Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.las.kan]/[ber.a.las.kan] | برالسکن

Definisi : 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas, berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2. mem­punyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar, berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.las.kan]/[ber.a.las.kan] | برالسکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu sbg alas: Meja itu ~ kain putih. 2 ki menggunakan sesuatu sbg asas atau dasar (ketika memberikan pendapat): Tuduhan itu hanya ~ bukti-bukti palsu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralaskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.hukuman itu adalah berdasarkan bukti yang sah.adakah " berdasarkan" merupakan kata kerja transitif? bagaimana dengan ayat berikut 2. meja di gerai itu beralaskan sehelai kain yang cantik."beralaskan" merupakan kata kerja transitif atau tak transitif? terima kasih .1. "Berdasarkan" dan "beralaskan" ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. "Bukti yang sah" dan "sehelai kain yang cantik" ialah pelengkap atau keterangan bagi perkataan "berdasarkan" dan "beralaskan".  Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 144.

 

Tatabahasa29.03.2010
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile?Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih.Makna08.07.2008

Kembali ke atas