Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Mohon pencerahan padanan yang tepat bagi istilah bagi divert call. Adakah Panggilan Beralih? Contoh Tajuk: TATACARA MENGAKTIFKAN DAN MENYAHAKTIFKAN FUNGSI PANGGILAN BERALIH/ DIVERT CALL TELEFON PEJABAT | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah call divert secara umumnya ialah pengalihan panggilan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.06.2025 |
Apakah kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata berdasarkan ayat-ayat diberikan di bawah?Bolehkah menjelaskan sebab-sebab kesalahan tatabahasa itu?Terima kasih Dalam hal itu,negeri-negeri yang telah beralih kepada Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN)dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard(SOP)yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi,politik dan sosial. | Cadangan jawapan yang betul ialah "Dalam hal itu, negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pakej Pemulihan Negara(PPN) dinasihatkan untuk meneruskan dan mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan untuk memastikan situasi terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya sekali gus mempercepat proses pemulihan sektor ekonomi, politik dan sosial." Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. | Tatabahasa | 16.07.2021 |
aApakah perbezaan antara ke luar dengan keluar ? | Antara makna keluar ialah 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah~. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Ke luar pula ialah pergi ke sebelah luar. 'ke' ialah kata nama arah. | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Pada awal bulan Mac 2021, kesemua negeri dan wilayah persekutuan di dalam negara telah pun menamatkan PKP dan beralih kepada PKPB dan PKPP. BEtulkah ayat itu? | Ayat tersebut betul dan tiada kesalahan tatabahasa. | Lain-lain | 30.05.2021 |
Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, 1. Tanggungan vikarius 2. Liabiliti vikarius 3. Tanggungan beralih Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, perkataan yang digunakan ialah liabiliti vikarus yang digunakan dalam bidang undang-undang. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Liabiliti+vikarius&d=69812&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2018 |
Adakah frasa "mengalihkan perhatian" betul? Sila jelaskan. | Frasa mengalihkan perhatian adalah betul. Mengalihkan bermaksud menjadikan sesuatu beralih daripada sesuatu keadaan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 61. | Tatabahasa | 14.02.2024 |
Raja Kamariah SAB 10.46 PAGI Assalamualaikum Saya mengalami kesulitan ini hampir seminggu untuk melayari prpm dan laman web DBP. Adakah telah beralih ke alamat lain atau bagaimana? Terima kasih di atas respon pihak Tuan. | Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Laman web DBP telah berfungsi seperti sediakala di url yang sama. | Lain-lain | 20.05.2017 |
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih | Jawapan yang sesuai ialah mengengsot. (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; | Tatabahasa | 25.10.2012 |
manakah yang betul, " aku menyisih dari stesen bas itu" atau " aku bersisih dari stesen bas itu" ? sekiranya kedua-dua salah, apakah ayat yang betul? atau sekiranya kedua-kedua betul, apakah maksud imbuhan me dan ber itu? | Ayat yang betul ialah “Aku menyisih dari stesen bas itu.” Menyisih bermaksud beralih ke tepi untuk memberi jalan kepada orang lain; menepi: mengasingkan atau menjauhkan (diri). Bersisih pula bermaksud berpisah, berasing. | Lain-lain | 12.09.2021 |