| assalamualaikum dan salam 2 Malaysia..sy mempunyai 1 pertanyaan berkenaan ayat berikut.. 1. Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang fasih / petah bercerita itu.(apakah jawapan paling tepat) 2. kita mestilah beramah mesra seperti Elena dan IZza menghampiri Ayuni dan bertegur sapa dengannya.. persoalannya.. mn yg betul..ramah mesra / beramah mesra? atau kedua2 boleh terima.. | Salam, 1. Ayat yang betul ialah "Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang petah bercerita itu". 2. Ayat kedua pula strukturnya tidak begitu tepat. Sehubungan dengan itu dicadangkan supaya diolah kembali "Kita mestilah bersikap seperti Elena dan Izza yang sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan Ayuni. | Tatabahasa | 14.08.2015 |
| Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk perkataan "networking session." Ini merupakan satu sesi di mana ahli sesebuah pertubuhan / golongan profesional dari profesyen yang sama menghadiri sesi tersebut yang biasanya meliputi ceramah, sesi soal jawab dan sesi beramah mesra di antara peserta. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "networking session". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sesi perangkaian atau sesi jaringan. | Istilah | 16.01.2015 |
| Selamat petang tuan. Saya Leveniya Mahalingam. Seorang pelajar di india-jaharharlal nehru medical college, belgaum. Saya seorang pelajar dalam bidang perubatan. Kita pelajar-pelajar malaysia ingin mengadakan "malam Malaysia". kita perlukan satu theme yang menunjukkan pelbagai bilangan kaum- melayu, india dan cina. tuan ang tolong kita carikan saya: leveniya@hotmail.com terima kasih. | Kami cadangkan saudara memberi nama majlis tersebut seperti Malam Mesra Malaysia - merujuk majlis yang diadakan khusus untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum beramah mesra. | Lain-lain | 27.11.2008 |