Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat:- Mereka 2 beranak hendak pergi ke Cheras. Mereka dua beranak hendak pergi ke Cheras. Adakah boleh guna nombor 2, 3, 4 ...dan diikuti dengan "beranak"? Terima kasih.Nombor boleh mendahului perkataan “beranak” tetapi perlu dieja. Contohnya “Mereka dua beranak hendak pergi ke Cheras”.Tatabahasa02.05.2024
Ungkapan " Jika tidak ada keharmonian antara kaum, negara ini akan menjadi satu tempat hantu beranak. Didapati bahawa ada makna tersirat "hantu beranak". adakah 'hantu beranak' tergolong sebagai simpulan bahasa. Jika tidak boleh, apakah jenis bahasa figuratif yang sesuai untuk frasa tersebut. Terima kasih.Ungkapan "hantu beranak" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berkemungkinan ungkapan tersebut hanya digunakan dalam kelompok tertentu.Tatabahasa14.06.2012
dua beranak bermakna ibu atau bapa dengan anak, betul?Dua beranak bermaksud ibu atau bapa bersama dengan seorang anak.Lain-lain24.11.2020
Assalamualaikum Tuan, saya ingin mendapatkan maksud yang betul mengenai istilah (HARGA ANAK BERANAK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Rumah itu saya jual murah-murah kepada Fatimah dengan harga Anak Beranak" Seterusnya, saya juga ingin mendapatkan maksud sebenar dengan istilah yang sering digunakan iaitu (HARGA ADIK BERADIK). Contoh penggunaan ayat yang digunakan adalah seperti berikut: "Saya menjual kereta saya murah-murah kepada Ahmad kerana beliau merupakan adik saya dengan harga adik-beradik" Maklum Balas dari pihak Tuan dengan segera amat saya hargai, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Harga anak-beranak dan harga adik -beradik ialah Bahasa percakapan yang membawa maksud harga istimewa yang diberikan atas dasar ikatan kekeluargaan.Istilah26.08.2020
Bagaimana menyebut perkataan berikut : 1. beranak --> ber/anak atau be/ra/nak? 2. Peraturan --> Per/atur/an atau pe/ra/tu/ran?

Berdasarkan sebutan: be/ra/nak, pe/ra/tu/ran.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk maklumat lanjut.

Istilah21.11.2010
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar?Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Istilah05.03.2013
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
apakah beza antara kata dasar, kata akar, kata tunggul, kata terbitan ? akar, tawa, dan mudi masuk kategori yang mana?Kata dasar/Kata akar ialah bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak. Kata tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata terbitan, kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan. Akar, tawa, mudi tergolong dalam kata dasar/kata akar/ kata tunggal.Tatabahasa10.10.2008
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan senarai KATA ASAS bahasa Melayu? Terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada frasa kata asas tetapi terdapat frasa kata dasar, kata akar, kata pokok. Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.03.2014
Apakah perbezaan antara “tindakan” dan “perbuatan”? Bolehkah tuan/puan memberikan beberapa contoh ayat dan menjelaskan perbezaan tersebut? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2370, kata “tindakan” merujuk sesuatu yang dilakukan, dilaksanakan atau dijalankan. Contoh ayat ialah “Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam kemalangan tersebut.”

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 329, kata “perbuatan” merujuk sesuatu yang dilakukan atau dikerjakan.  Contoh ayat ialah “Baik atau jahat perbuatan kita, kita sendiri yang menanggung akibatnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2370 dan 329.

Tatabahasa17.11.2024
12

Kembali ke atas