Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ngan] | براڠن

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ antah sj tumbuhan (pokok), Quercus oidocarpa; ~ bukit = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Castanopsis megacarpa; ~ landak sj tumbuhan (pokok), Quercus spicata; ~ makan = ~ padi sj tumbuhan (pokok) castonopsis inermis; akar ~, sj tumbuhan (pokok memanjat), kayu laka, Dalbergia parviflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ngan] | براڠن

Definisi : racun tikus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ngan] | براڠن

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit keras), Quercus oidocarpa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berangan

Puisi
 

Buah keranji buah berangan,
     Berangan tidak berbunga tinggi;
Berjanji berjabat tangan,
     Kusangka tidak berubah lagi.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Belum bergigi sudah hendak menggigit.

Bermaksud :

Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Minta beri nasihat bagi ayat-ayat di bawah: 1."Tolong belikan ibu sesarang telur." Penjodoh bilangan "sesarang" ialah berapa biji?adakah lebih 10 biji?? 2."Pak Pandir sering berangan-angan untuk ____anak raja." A. beristeri B diperisteri C beristerikan D memperisteri Jawapan diberi dalam buku rujukan ialah ""C.beristerikan" Minta jelaskan apa perbezaan penggunaan "beristerikan" dengan penggunaan "memperisteri". Adakah "memperisteri" juga boleh diterima sebagai jawapan? 3."Kita haruslah menjaga ____di hadapan orang tua." A.tatacara B tatatertib C tatanegara D tatabahasa Jawapan yang diberi dalam buku rujukan ialah "tatatertib", tetapi bolehlah jawapan "tatacara" boleh diterima? Terima kasih.1. Sesarang telur dinisbahkan kepada bekas mengisi telur. Sesarang telur bukanlah penjodoh bilangan dan jumlahnya bergantung pada muatan bekas tersebut. 
2. "Pak Pandir sering berangan-angan untuk memperisteri anak raja." Beristerikan bermaksud mempunyai seseorang sbg isteri, memperisteri bermaksud mengahwini. 
3. "Kita haruslah menjaga tatatertib di hadapan orang tua." Tatacara ialah peraturan yang berakitan dengan pentadbiran.
Tatabahasa23.08.2016
Tuan/Puan, Mohon nasihat bagi ayat berikut: Inginkan RM5000? Tanya kami mengenai SA(nama produk). 1. Inginkan atau Ingin 2. mengenai - boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai Terima kasih.

Sdr faisal,

Ayat yang betul dari segi tatabahasa  bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. Ingin RM5000. ingin (kata kerja)Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;">berangan-angan;,  Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan

2.  Kata sendi tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu atau mujarad. kata sendi tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

 (i) Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri.

 

Tatabahasa25.02.2009
Salam, Mohon penelitian ayat - ayat berikut sebagai lirik lagu Kita semua serupa Berpijak dibumi yang nyata Mendaulatkan prinsip yang lima Bersatu hati demi semua Usah diduga akal dan budi Merobek jiwa meruntuh janji Hitam dan putih tidak bererti Asal semua hormat menghormati Ayuh semua kita Berganding bahu berpimpin tangan Mengharungi onak dan duka Asal kita tidak berangan Nun didesa atau dikota Semua pasti merasa bahagia Menyemai kasih menyulam cinta Melahirkan insan yang setia Apa jua rintangan Jangan ada yang terkesan Memutuskan persahabatan Mencipta jurang perpecahan

Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Walau bagaimanapun, mohon pihak tuan membetulkan ejaan seperti di bumi, di desa, di kota dan hormat-menghormati.

Untuk makluman tuan juga, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Sungguhpun begitu, karya seni termasuk lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Ini kerana karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat.

Untuk membantu tuan membuat semakan penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.


Lain-lain17.11.2021

Kembali ke atas