Tuan/Puan, Mohon nasihat bagi ayat berikut: Inginkan RM5000? Tanya kami mengenai SA(nama produk). 1. Inginkan atau Ingin 2. mengenai - boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai Terima kasih. | Sdr faisal, Ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. Ingin RM5000. ingin (kata kerja)Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;">berangan-angan;, Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan 2. Kata sendi tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu atau mujarad. kata sendi tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: (i) Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri. | Tatabahasa | 25.02.2009 |