Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.sur]/[ber.an.sur] | برانسور

Definisi : , beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.sur]/[ber.an.sur] | برانسور

Definisi : , beransur-ansur sedikit demi sedikit (dlm hal bergerak, membayar hutang dsb): Dia membayar hutangnya secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beransur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kereta yang dpandu beransur akan mengelakkan kemalangan." Saya ingin kepastian sama ada kata "beransur" boleh digunakan dalam ayat di atas. Terima kasihPerkataan beransur dalam ayat tersebut tidak jelas maksudnya.Tatabahasa14.10.2010
Manakah ayat yang tepat: 1. Selepas semua selesai, kami pun beransur pulang. 2. Setelah selesai semua, kami pun beransur pulang.

1.     Ayat yang betul ialah, "Selepas semuanya selesai, kami pun beransur pulang".

Tatabahasa27.10.2022
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing".
2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis.
3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam.
Tatabahasa07.10.2012
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang.Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital.Lain-lain04.11.2010
Salam. Adakah sebutan baku masih diguna pakai pada zaman sekarang atau sudah beransur dingin?Sebutan baku merupakan penggunaan bahasa Melayu yang betul, yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi seharian. DBP bersama-sama rakyat Malaysia berusaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Kebangsaan yang betul dan berkesan.Lain-lain25.07.2013
adakah perkataan gradualisme betul?Istilah gradualisme digunakan di Indonesia dan tidak di Malaysia.  Istilah bahasa Melayu ialah faham beransur-ansurIstilah18.07.2014
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010
Salam. Adakah ayat ini betul? " Dia menskrol telefon bimbitnya." dan apakah beza tahyul dan fantasi? terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "menskrol" dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat  perkataan menatal (bidang Komputer) yang bermaksud menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "tahayul' dan "fantasi" adalah seperti yang berikut:

tahayul

1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan 
2. kepercayaan yang karut-karut (kepada sesuatu yang sebenarnya tiada)

fantasi

1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan
2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan
3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya)
Istilah24.12.2015
Kata terbitan meN- merupakan kata kerja transitif, maka ia harus disambut dengan sesuatu objek. Manakala kata terbitan ber- adalah sebaliknya. Tetapi kami sering jumpa frasa "bermain bola" di dalam buku-buku sekolah. Saya pernah menganggap frasa ini salah, sepatutnyanya "memain bola" Tetapi, saya dapat idea baru. Adakah "bermain bola" hasil daripada gabungan imbuhan "ber-" dengan kata majmuk yang berbunyi "main bola" sehingga frasa "bermain bola" dibolehkan.Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 161, Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- membentuk kata kerja tak transitif. Dan terdapat dua jenis kata kerja berawaln beR- tak transitif, iaitu tak transitif tanpa pelengkap seperti berjalan dan bergurau; dan tak transitif berpelengkap seperti beransur baik dan bertukar tangan. Frasa bermain bola juga ialah kata kerja tak transitif berpelengkap.Tatabahasa23.03.2012
Selamat petang, tuan. Bagaimanakah kita dapat menentukan sesuatu perkataan itu ialah kata kerja transitif ataupun kata kerja transitif jika diuji dalam sistem bahasa, iaitu soalan 8-14 dalam kertas 1 PMR? Sekian, terima kasih!Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contoh: 1. Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah.
            2. Kami membaiki kereta kesayangan ayah.

Kata kerja aktif tak transitif  ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu tanpa pelengkap dan berpelengkap.

Contoh: 1. Semua orang pulang. (tanpa pelengkap)
            2. Padi sedang menguning. (tanpa pelengkap)

            3. Keadaan bapanya beransur baik. (berpelengkap)
Tatabahasa12.07.2013
12

Kembali ke atas