Setahu saya, partikal '-kah' harus diletakkan di belakang penjodoh bilangan dalam ayat tanya, misalnya, 'Berapa batangkah pen yang kamu ada?' Namun, dalam ayat seperti ini, 'Berapa kilometer...' partikal '-kah' harus diletakkan di belakang 'berapa' atau 'kilometer'? | Berapa kilometerkah/berapa kilometer .......? | Tatabahasa | 07.07.2010 |
as,kum,,,, tuan saya nak tanya, berapa lama kah saya boleh mendapat balasan atu jawapan, apabila saya sudah menghantar bahan saya ke DBP?. | Mohon tuan memperincikan jenis bahan yang dihantar ke DBP. Adakah bahan yang dimaksudkan ialah manuskrip atau rencana/artikel/cerpen/puisi. Sekiranya bahan manuskrip, tuan hendaklah menghantar bahan tersebut kepada Pengarah Penerbitan, Aras 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau, sekiranya rencana, cerpen, puisi mohon tuan menghantarnya kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2008 |
salam.... saya berminat untuk menghantar manuskrip pertama saya ... sebelum itu terlebih dahulu saya ingin mengetahui berapa lama kah proses masa yang diambil dari tarikh penerimaan manuskrip sehingga ke penerbitan ... saya ada layari laman web dbp dan melihat ada manuskrip yang sudah lebih setahun dihantar tapi masih lagi didalam status pembinaan . .... soalan kedua ... berapakah purata bayaran royalti yang dikeluarkan olh pihak dbp kepada penulis dan bagaimana dan bila kah bayaran tersebut dikeluarkan ... terimakasih dan saya berharap soalan soalan ini tidak menyinggung pihak dbp .. | Saudara, (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima. (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan. Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2010 |
Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih. | Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?". | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Salam sejahtera. Ayat tanya tanpa penegas "kah" betul atau sakah? Terima kasih. | Ayat Tanya tanpa partikel "kah", seperti Berapa harga baju ini? adalah betul. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Bolehkah partikel -kah hadir di belakang dan tengah-tengah ayat? Misalnya:- - Awak sudah makankah? - Berapa orangkah yang ke sekolah semalam? | Dalam bahasa Melayu lisan partikel-kah biasanya diletakkan pada hujung ayat seperti dalam contoh yang berikut: Awak sudah makankah?, Dia ke sekolahkah? Apabila ayat mengalami proses pendepanan, boleh menghasilkan ayat berikut: Berapakah harga barang itu? atau Berapa orangkah yang ke sekolah semalam? | Tatabahasa | 08.11.2015 |
1a. Berapa orangkah yang menyertai pertandingan bercerita? 1b. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita? 1c. Berapa orangkah murid yang menyertai pertandingan bercerita? Ayat tanya mana satu lebih gramatis? Boleh jelaskan penggunaan partikel -kah yang betul dalam ayat tanya yang tersebut di atas? | Ayat yang tepat: a. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita? b. Berapakah orang murid yang menyertai pertandingan bercerita? Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 07.07.2015 |
Salam sejahtera, Ayat tanya manakah yang betul? 1. Berapa meter kainkah yang digunakannya? 2. Berapa meterkah kain yang digunakannya? 3. Berapakah meter kain yang digunakannya? Soalan ini hendak digunakan dalam buku akademik matematik. Terima kasih. | Dalam ayat biasa, partikel -kah hadir selepas kata tanya seperti Berapakah harga barang itu? Walau bagaimanapun, jika hadir sisipan atau penjodoh bilangan selepas kata tanya, partikel -kah hadir selepas sisipan tersebut seperti Berapa meterkah kain yang akan digunakan? | Tatabahasa | 18.03.2015 |
adakah ayat tanya ini betul?? -pukul berapa sekarang? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan -kah atau menggunakannya tetapi bukan di hadapan ayat ? | Yang betul ialah 'Pukul berapakah sekarang?'. Ayat ini ialah ayat tanya songsang yang predikatnya didahulukan. Bagi ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan 'kah', ialah ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa dan siapa. Contoh : Itu apa? Orang itu siapa? Untui maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.06.2008 |
Minta pencerahan guru-guru sekalian. Mana satu penggunaan yang betul atau lebih gramatis? A) Berapakah orang mangsa yang terlibat? B) Berapa orangkah mangsa yang terlibat? C) Berapakah mangsa yang terlibat? - partikel -kah nak letak di belakang perkataan 'berapa' atau 'orang'? - perlu penjodoh bilangan 'orang' Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: Berapakah orang mangsa yang terlibat? Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 07.07.2015 |