Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beras 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam 1 Malaysia. Apakah maksud dengan "menumbuk padi" terima kasihMenumbuk padi ialah kaedah mengasingkan beras daripada hampasnya. Peralatan yang biasa digunakan ialah lesung.Istilah16.01.2013
Berkataan semua ada betul? Terima kasih!1. IKAN SIAKAP SEEKOR
2. BERAS JASMINE 10 KG
3. Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila pilih daftar iklan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Untuk panduan seterusnya rujuk tatacara yang disediakan dalam sistem tersebut.
Tatabahasa06.12.2017
1.apakah maksud perkataan 'tus'?
Menurut data kami, perkataan tus bermaksud bunyi seperti bunyi air menitik; mengetus mengetuskan; mengetuskan mengeringkan (beras yang dibasuh dan lain-lain) dengan membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya; pengetus alat untuk mengetuskan (pinggan mangkuk dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna18.03.2019
Salam sejahtera. Saya ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat-ayat di bawah: 1. Salmah mencantas dua pelepah daun pisang di kebunnya. 2. Ibu memasukkan satu pot beras ke dalam periuk. 3. Terdapat tiga sangkar burung di rumah datuk. 4. Suraya membeli satu set pinggan mangkuk di kedai itu. 5. Di tepi tangga itu terdapat satu tabung alat pemadam api. Bolehkah pelepah, pot, sangkar, set dan tabung digunakan sebagai penjodoh bilangan dalam ayat di atas? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan pelepah, pot, sangkar, set dan tabung tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan ialah kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama ynag mengikutinya. Contohnya, dalam ayat pertama, penjodoh bilangan yang betul ialah batang (Salmah mencantas dua batang pelepah daun pisang di kebunnya. )Tatabahasa31.10.2013
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen.Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun.Lain-lain14.02.2012
salam tuan, apakah makna perkataan 'caras' dipetik daripada akhbar mingguan malaysia 8/5/12 ruangan pancainderaUntuk makluman tidak ada perkataan "caras" dalam bahasa Melayu. Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah karas yang bermaksud 1. sejenis tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis. 2. sejenis  kuih yang diperbuat daripada tepung beras, karas-karas, kekaras.Makna08.04.2012
Salam, Boleh tak bantu saya dalam membezakan dua perkataan berikut iaitu diperbuat dan dibuat. Adakan perkataan ini sama maksud atau ada perbezaan kerana saya telah merujuk kamus dewan tetapi tidak ada perkataan diperbuat. Biasanya saya menggunakan perkataan dibuat. Contohnya: 1. Meja itu dibuat daripada kayu. Adakah ayat ini betul: 1. Kuih koci itu diperbuat daripada tepung beras. Terima kasih.Diperbuat dan dibuat ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif memperbuat dan membuat. Kamus hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif. Memperbuat sama makna dengan membuat, iaitu mengerjakan atau melakukan sesuatu. Kedua-dua ayat contoh yang diberikan adalah betul.Tatabahasa04.04.2012
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan.Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut: 1" rules="all" cellspacing="4" cellpadding="4">

Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain.
Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning.
Makna14.08.2017
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri MenMaklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti.Lain-lain25.11.2015
12

Kembali ke atas