apakah penjodoh bilangan bagi beras. | Penjodoh bilangan untuk beras bergantung pada kuantiti. Contohnya seguni beras, segantang beras, sebutir beras, secupak beras, dsbnya. | Istilah | 04.09.2009 |
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan | Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh | Tatabahasa | 18.03.2009 |
adakah penggunaan 'mencukupi' betul? bukankah selepas tambahan 'me-i' sepatutnya kata nama. contoh: Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi. atau 'cukup' sahaja sudah mencukupi?? | kata kerja berimbuhan 'me-i' diikuti dengan kata nama; contohnya ... menghadiahi bunga ..., mencukupi bukan golongan kata kerja, oleh itu tidak terikat dengan hukum tersebut. Ayat, "Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi" adalah betul. | Tatabahasa | 17.04.2008 |
Apakah maksud: Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati. | Saudara, Maksudnya ialah rahsia hendaklah disimpan baik-baik. | Lain-lain | 22.11.2010 |
kelima-lima ekor anak ayamnya mati keracunan setelah memakan beras yang dicampur dengan racun. (tuan, adakah ayat ini gramatis?_) | Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
salam 1 Malaysia. Apakah maksud dengan "menumbuk padi" terima kasih | Menumbuk padiĀ ialah kaedah mengasingkan beras daripada hampasnya. Peralatan yang biasa digunakan ialah lesung. | Istilah | 16.01.2013 |
apakah maksud ruji? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ruji merupakan makanan harian yang utama seperti beras dan lain-lain. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. | Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun. | Lain-lain | 14.02.2012 |
modified starch, spice extract, seaweed, kaffir lime, vegetable powder, Japanese rice cracker | kanji diubah suai, pati rempah, rumpai laut, limau purut, serbuk sayur, biskut beras | Istilah | 12.12.2008 |