Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) Aiman minum air. b) Aiman berasa haus. Ayat Majmuk: 1) Aiman minum air kerana berasa haus. 2) Aiman minum air kerana dia berasa haus. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Aiman minum air kerana dia berasa haus". Perkataan 'dia" digunakan kerana menggantikan Aiman.Tatabahasa09.10.2013
Salam, Ayat-ayat berikut yang mana menunjukkan penggunaan kata penguat yang betul? (1)Mereka berasa seronok sekali. (2)Mereka berasa seronok sangat. (3)Dia memandu kereta dengan cermat sekali. (4)Dia memandu kereta dengan cermat sangat. Terima kasih

Ayat yang betul ialah “Mereka berasa seronok sekali” dan “Dia memandu kereta dengan cermat sekali”. Bagi ayat (2) dan (4), kedudukan kata penguat “sangat” hadir sebelum kata adjektif,  iaitu “Mereka berasa sangat seronok” dan “Dia memandu kereta dengan sangat cermat.”

Tatabahasa11.06.2022
Salam sejahtera dan selamat pagi. Saya keliru tentang ayat berikut: 1. Saya berasa puas hati dengan kejayaan beliau. 2. Saya berasa berpuas hati dengan kejayaan beliau. Adakah ayat kedua gramatis? Ada guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah saya menidakkan kesalahannya. Minta jasa baik tuan untuk memberikan penjelasan kepada saya. Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis:
1. Saya berasa puas hati dengan kejayaan beliau.
2. Saya berpuas hati dengan kejayaan beliau.
Sekiranya ada pandangan lain, mohon rujuk pihak berkenaan dan dapatkan penjelasannya tentang fakta berkenaan.
Tatabahasa12.07.2022
1) Why do the mimosa feel shy? Mengapakah pokok semalu berasa malu? adakah perkataan "berasa" boleh digunakan untuk terjemahan tersebut. 2) Why do tear never run out? adakah terjemahan ini bersesuaian dengan Mengapakah air mata tidak pernah habis? 3) Why do we need to go to the toilet when we're nervous? Mengapakah kita perlu ke tandas apabila berasa gugup/ cemas/ gemmentar/ berdebar-debar? antara perkataan gugup/ cemas/ gementar/ berdebar-debar yang manakah paling sesuai?1. Perkataan berasa tidak sesuai digunakan dalam terjemahan ayat yang diberikan. Dicadangan supaya diterjemahkan kepada Mengapakah pokok semalu seakan-akan malu?

2. Terjemahan ayat yang lebih tepat ialah Mengapakah air mata tidak pernah kering?

3. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan gugup, cemas, gementar dan berdebar-debar boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa05.06.2018
1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan atau pada majlis. 2. Untuk mengelakkan kemalangan berlaku atau berlaku ya kemalangan Mana Yang tepat

Ayat yang betul ialah:

1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan.

2. Untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Tatabahasa25.07.2023
Tuan, frasa manakah yang baku antara "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" dengan "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu"? Saya berpendirian bahawa sendi yang betul "kepada" atau "akan" kerana "kemajuan persuratan Melayu" sasaran rasa "puas" itu walhal sendi nama yang menyatakan sasaran "akan" atau "kepada", maka frasa yang tepat "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu". Frasa sifat "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" salah kerana sendi nama "dengan" bermaksud "bersama", maka "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" bermaksud seseorang (pelaku FN benda ayat) berasa puas bersama orang "kemajuan persuratan Melayu" ini - ini tidak waras kerana "kemajuan persuratan Melayu" bukan orang, tidak berasa, maka tidak mungkinlah bersama dengan seseorang untuk berasa puas! Maka salahlah penggunaan sendi nama "dengan" dalam frasa ini. Frasa "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" ini bentuk bahasa kelumrahan masyarakat yang patut dibetulkan. Apakah pendapat tuan?Pneggunaan kata sendi yang paling tepat ialah akan. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 
1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya. 

Pada pandangan kami, frasa berasa puas kurang sesuai. Frasa yang yang sesuai ialah berpuas hati.
Tatabahasa22.12.2016
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kata adjektif yang tepat 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ________. 2. Hatinya kembali _______ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau _____ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. Terima kasih.1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ____menggigil____.
2. Hatinya kembali ____lega___ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu.
3. Badannya berbau ___hangit__ selepas mengeluarkan peluh yang banyak.
Tatabahasa19.08.2012
1. Apakah penggunaan yang tepat, 'multi-budaya' atau 'multibudaya?' 2. Sebenarnya adakah perbezaan antara merasa, terasa dan berasa? Saya melihat ramai yang menggunakan ketiga-tiga istilah tanpa penggunaan yang tepat.1. Multibudaya.
2. Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Terasa pula, dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba.
Tatabahasa03.06.2014
Tuan, minta teliti ayat ini. 1. Saya berasa / merasai / merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak kita fahami semasa guru sedang mengajar. Dalam ayat (1), kata kerja yang harus digunakan ialah "berasa", "merasai" atau "merasakan"?Kata kerja yang harus digunakan dalam contoh ayat saudara ialah "Saya merasakan bahawa kita tidak patut malu menanyakan sesuatu yang tidak difahami semasa guru sedang mengajar."Tatabahasa30.12.2014
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia
2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak.
Tatabahasa09.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas