berasal dari atau berasal daripada ,yang mana satu betul ? | jawapan yang betul ialah berasal dari | Tatabahasa | 24.01.2011 |
- Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak? - Kanang anak Langkau berasal dari Selangor? a) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau Selangor? b) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau dari Selangor? Ayat majmuk (a) atau (b) yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat majmuk yang betul ialah Kanang anak Langkau berasal dari Selangor atau Sarawak? Dalam ayat tersebut, kata sendi nama dari digugurkan. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
Saya ingin bertanya tentang ayat ini 'saya berasal dari NEGERI SEMBILAN' ataupun 'saya berasal dari negeri NEGERI SEMBILAN' saya musykil kerana kebanyakan orang akan menjawab saya berasal dari negeri sembilan sahaja tidak jawab dalam saya berasal dari negeri negeri sembilan sila berikan sebab sekali atas jawapan yang diberi terima kasih . | Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Saya berasal dari Negeri Sembilan" | Lain-lain | 01.10.2016 |
Ayat manakah yang betul? A) Ali berasal dari keluarga yang kaya. B) Ali berasal daripada keluarga yang kaya. | Ayat yang betul ialah Ali berasal daripada keluarga yang kaya. Daripada ialah kata sendi nama yang menerangkan asal atau sumber sesuatu. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Dia berasal dari negeri Pahang. 2. Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 3. Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 4. Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong, Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya) 5. Dia berasal dari negara Jepun. 6. Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Tatabahasa | 10.05.2009 |
1. Dia berasal daripada keluarga yang miskin. 2. Dia berasal dari keluarga yang miskin. Ayat di atas yang mana gramatis. Apakah perbezaan cara penggunaan dari dan daripada. Sekian terima kasih. | Ayat yang gramatis, Dia berasal daripada keluarga yang miskin. - penggunaan dari untuk menunjukkan tempat, arah dan tarikh, manakala daripa menunjukkan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
Yang manakah ayat di bawah gramatis dan apakah sebabnya? (a) Ali berasal dari keluarga yang berada. (b) Ali berasal daripada keluarga yang berada. | Yang betul ialah Ali berasal daripada keluarga yang berada. | Tatabahasa | 09.03.2007 |
Salam sejahtera. Kemusykilan (kata nafi) - Yang manakah tepat? a) Dia bukan berasal dari Johor. b) Dia tidak berasal dari Johor. Minta penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Dia bukan berasal dari Johor". Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, manakala kata nafi tidak menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
Dalam jawapan kepada saya, 'prestasi' dinayatakn sebagai berasal daripada bahasa Inggeris. Dalam arkib soalan pihak tuan, ada dinayatakan bahawa perkataan tersebut berasal daripada bahasa Jawa. Mohon diperjelas. Terima kasih. | Dalam data Tesaurus, prestasi merupakan kata nama yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut. Kami mengambil maklum jawapan dalam Arkib dan mengemas kini data kami. | Ejaan | 03.03.2015 |
1." Saya berasal daripada keluarga yang aman" dan " Ali sekeluarga berasal daripada keluarga yang aman" Minta Tuan beri pendapat sekiranya terdapat kesilapan pada ayat di atas. 2."mi laksa" adakah perkataan ini boleh digunakan bersama? | 1. Kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat daripada aspek pemilihan katanya. Kata 'aman' bermaksud tenteram dan sentosa lazimnya digunakan dalam konteks negara, seperti dalam ayat 'Malaysia merupakan negara kecil tetapi aman dan makmur; dan tidak digunakan dalam konteks keluarga. Begitu juga dengan penggunaan kata 'berasal' dalam ayat tersebut, lazimnya merujuk asal usul keluarga daripada golongan miskin, kaya, atau keturunan mulia, hina dan sebagainya. 2. Mi dan laksa adalah sejenis makanan yang berbeza antara kedua-duanya. Penggunaannya berdasarkan jenis masakan yang disediakan sama ada mi atau laksa. | Tatabahasa | 09.03.2011 |