Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.a.sing.a.si.ngan] | براسيڠن

Definisi : , berasing-asingan tidak ber­satu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.a.sing.a.si.ngan] | براسيڠن

Definisi : berlainan; berbeza: Kedua-dua pemburu itu telah mengikut jalan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ungkapan monolog berasingan (bukan dalam drama) boleh dikategorikan sebagai sebahagian dari bentuk puisi?Salam sejahtera,

Monolog berasingan dikategorikan sebagai sebahagian dari bentuk puisi.

Monolog atau ekacakap antara teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis untuk menyampaikan pemikiran atau persoalan dalam karya kreatif. Monolog ialah pertuturan yang dilakukan seseorang (watak)  yang ditujukan kepada dirinya sendiri dan secara tidak langsung ditujukan kepada pembaca atau pendengar (drama). Oleh itu, jika bentuk monolog itu ditulis dalam sesebuah puisi, ia tetap dianggap sebahagian daripada puisi tersebut. 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.07.2021
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "case by case basis" digunakan untuk menggambarkan keputusan yang dibuat secara berasingan, masing-masing mengikut fakta keadaan tertentu - dalam kata lain - mempertimbangkan setiap kes secara berasingan dan bukannya mempertimbangkan beberapa kes secara keseluruhannya. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "case by case basis"? Sekali lagi, terima kasih.Perkataan case by case basis boleh diterjemahkan kepada kes mengikut kes, seperti keputusan berasingan yang dibuat kes mengikut kes.Penyemakan dan penterjemahan24.08.2019
Salam tuan di talian, Saya ingin meminta pendapat tuan tentang blurb kulit buku syarikat kami. Adakah penggunaan perkataan dilerai-leraikan ayat di bawah adalah betul. 1. Setiap set disediakan berasingan dan dapat dilerai- leraikan. atau 2. Setiap set disediakan berasingan dan dapat dileraikan. Sekian, terima kasih.Tidak perlu digandakan perkataan lerai, ayat setiap set disediakan berasingan dan dapat dileraikan lebih gramatis.Tatabahasa19.09.2012
1. Kata majmuk mata pelajaran dan kraf tangan ditulis berasingan atau telah dimantapkan menjadi satu perkataan? 2. Perkataan ia, bolehkah digunakan untuk benda dan haiwan dalam konteks ayat. Contoh, Susu baik untuk kesihatan, ia mengandungi kalsium yang banyak.

1) Semua kata majmuk di tulis berasingan kecuali beberapa perkataan yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

2) Dalam ayat tersebut perkataan "ia" boleh digunakan tetapi tidak digalakkan.

Tatabahasa28.03.2010
Mohon Pengesahan cara permohonan Iklan samada berasingan atau bawah satu permohonan sahaja

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Sila buat permohonan secara berasingan. Lampirkan visual iklan dengan reka bentuk berkomputer yang paling ringkas untuk pengesahan. Pilihan kategori jenis iklan bagi visual pertama ialah papan premis dan visual poster ialah papan iklan luar. Permohonan untuk jenis papan iklan luar mestilah dibuat secara berasingan setiap satunya. 
Lain-lain22.01.2025
Kenapa jalan raya dieja berasingan ?Jalan raya merupakan kata majmuk yang dieja dua perkataan.Lain-lain08.08.2010
ASAL USUL LOGHAT UTARA DAN LOGHAT KELANTAN SERTA PERKEMBANGANNYAWujudnya bahasa dialek atau loghat ini disebabkan oleh tempat berasingan. Apabila penutur-penutur terpisah oleh sekatan-sekatan tertentu seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sebagainya, maka tiap-tiap kumpulan mempunya sejarah perkembangannya sendiri, termasuk perkembangan aspek-aspek bahasa. DAlam jangka masa yang panjang ciri-ciri perbezaan menjadi makin nyata, dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada genarasi seterusnya. Pada suatu ketika bahasa Melayu dipercayai terdiri daripada satu variasi tetapi telah berkembang menjadi dialek-dialek berasingan dan keadaan ini berkekalan sehingga sekarang. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asal-usul loghat utara dan Kelantan, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Lain-lain18.08.2006
Agak mengelirukan penggunaan 2 perkataan berasingan yang memberikan satu maksud. Contohnya, 'reka bentuk' vs 'rekabentuk' (design). Kenapa tidak wujudkan 2 perkataan sedia ada untuk digabungkan membawa 1 maksud baharu? Contoh, 'matahari' vs 'mata hari'. Bukankah lebih senang untuk ingat dan guna.Saya kurang jelas dengan pertanyaan tuan. Untuk makluman, ejaan yang betul ialah reka bentuk, bukan rekabentuk. Sekiranya "rekabentuk" ini ditemukan dalam mana-mana teks atau data, itu ialah ejaan yang tidak tepat.Ejaan23.05.2021
1. Adakah kata majmuk Rukunegara dieja berasingan? Jika tidak, mengapa di dalam kebanyakan buku rujukan Bahasa Melayu tertulis hanya 15 kata majmuk sahaja yang dieja rapat? 2. Tolong jelaskan penggunaan kata banyak dan ramai. 3. Adakah kata "tapi" merupakan kata ganda separa bagi kata "tetapi"?Ejaan yang betul ialah rukun negara. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Tapi ialah ejaan separa untuk tetapi. Tapi tidak digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa09.02.2009
Di senarai pendekkan...adakah bersambung atau berasingan?

Ejaan yang betul ialah 'Disenarai pendek'.

Ejaan09.05.2008
1234567

Kembali ke atas