Salam tuan di talian, Saya ingin meminta pendapat tuan tentang blurb kulit buku syarikat kami. Adakah penggunaan perkataan dilerai-leraikan ayat di bawah adalah betul. 1. Setiap set disediakan berasingan dan dapat dilerai- leraikan. atau 2. Setiap set disediakan berasingan dan dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu digandakan perkataan lerai, ayat setiap set disediakan berasingan dan dapat dileraikan lebih gramatis. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
1. Kata majmuk mata pelajaran dan kraf tangan ditulis berasingan atau telah dimantapkan menjadi satu perkataan? 2. Perkataan ia, bolehkah digunakan untuk benda dan haiwan dalam konteks ayat. Contoh, Susu baik untuk kesihatan, ia mengandungi kalsium yang banyak. | 1) Semua kata majmuk di tulis berasingan kecuali beberapa perkataan yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. 2) Dalam ayat tersebut perkataan "ia" boleh digunakan tetapi tidak digalakkan. | Tatabahasa | 28.03.2010 |
Kenapa jalan raya dieja berasingan ? | Jalan raya merupakan kata majmuk yang dieja dua perkataan. | Lain-lain | 08.08.2010 |
ASAL USUL LOGHAT UTARA DAN LOGHAT KELANTAN SERTA PERKEMBANGANNYA | Wujudnya bahasa dialek atau loghat ini disebabkan oleh tempat berasingan. Apabila penutur-penutur terpisah oleh sekatan-sekatan tertentu seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sebagainya, maka tiap-tiap kumpulan mempunya sejarah perkembangannya sendiri, termasuk perkembangan aspek-aspek bahasa. DAlam jangka masa yang panjang ciri-ciri perbezaan menjadi makin nyata, dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada genarasi seterusnya. Pada suatu ketika bahasa Melayu dipercayai terdiri daripada satu variasi tetapi telah berkembang menjadi dialek-dialek berasingan dan keadaan ini berkekalan sehingga sekarang. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asal-usul loghat utara dan Kelantan, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Lain-lain | 18.08.2006 |
1. Adakah kata majmuk Rukunegara dieja berasingan? Jika tidak, mengapa di dalam kebanyakan buku rujukan Bahasa Melayu tertulis hanya 15 kata majmuk sahaja yang dieja rapat? 2. Tolong jelaskan penggunaan kata banyak dan ramai. 3. Adakah kata "tapi" merupakan kata ganda separa bagi kata "tetapi"? | Ejaan yang betul ialah rukun negara. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Tapi ialah ejaan separa untuk tetapi. Tapi tidak digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 09.02.2009 |
Di senarai pendekkan...adakah bersambung atau berasingan? | Ejaan yang betul ialah 'Disenarai pendek'. | Ejaan | 09.05.2008 |
Kedua-dua orang penjenayah itu terpaksa___di bilik berasingan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. A dimasukkan C ditempatkan B diikatkan D dipasungkan MUNSYI, APAKAH JAWABAN YANG LEBIH TEPAT? tq | Keempat-empat perkataan tersebut boleh menjadi jawapan, namun yang paling tepat ialah 'ditempatkan'. | Tatabahasa | 20.02.2012 |
Dalam bidang Matematik, penggunaan istilah 'isipadu' ditulis secara berasingan atau satu perkataan | Ejaan yang betul ialah isi padu bagi kata umum dan istilah. | Ejaan | 14.09.2011 |
Seorang pelajar menulis ungkapan ini dalam karangan yang berasingan: 1. Kumencari-cari rakan yang ikhlas. 2. Kucari-cari sahabat yang setia. 3. Kaudisanjung dan dipuja. 4. Kuberdiri di sini. 5. Kurenungi wajahnya. Adakah ayat-ayat ini gramatis? | Ayat tersebut gramatis tetapi lebih kepada penulisan kreatif. | Tatabahasa | 23.03.2009 |
Saya lihat Kamus Dwn, perkataan 'kemas kini' ditulis secara berasingan. Tetapi dalam laman web DBP ini, dalam bhg Piagam, saya lihat pada bhg akhir ditulis 'dikemaskini' - 1 perkataan. Perkataan itu harus dipisahkan kerana hanya menerima imbuhan awalan. Kenapa DPB menyatukannya? Apa alasan DBP? Terima kasih | Mengikut tatabahasa, ejaan kemas kini dieja dua perkataan. Mungkin berlaku kesilapan teknik dalam piagam DBP yang mengeja kemas kini sebagai satu perkataan. | Tatabahasa | 03.12.2007 |