Ali sedang beratur membeli mi. ATAU Ali sedang beratur untuk membeli mi. Ayat yang mana betul? T. Kasih | Ali sedang beratur untuk membeli mi. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
1.Murid-murid beratur (di kantin )semasa membeli makanan. 2.Murid-murid beratur semasa membeli makanan( di kantin). Adakah kedua-dua struktur ayat ini betul dan tepat? | Kedua-dua struktur ayat tersebut betul. Keterangan dalam frasa kerja (Predikat) menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi. | Tatabahasa | 16.05.2013 |
1)Apakah sebutan perkataan -beratur ? ( ber.a.tur )stay (be.ra.tur ) 2) Apakah maksud -nya ? Adakah juga membawa maksud mereka ? Terima kasih. | 2. Sebutan yang betul ialah be.ra.tur. 2. Beratur sama maksudnya dengan tersusun. | Tatabahasa | 11.10.2012 |
(Kita, Kami) perlu beratur ketika membeli makanan di kantin. penggunaan kita dan kami jawapan yang diberi ialah kita. namun terdapat beberapa individu yang menyatakan jawapannya ialah kami jadi saya ingin mendapatkan kepastian. | Kita perlu beratur ketika membeli makanan di kantin. Ayat ini betul kerana kita - kata ganti bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), manakala kami - sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua). Dalam situasi ini kita bercakap bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang mendengarnya. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
1)Apakah sebutan bagi perkataan " beratur" ? Disebut ber'a'tur atau be'ra'tur ? Begitu juga bagi perkataan "berombak". 2) Biasanya sebutan bagi perkataan "telur" disebut sebagai " "telor". Adakah sebutan " telor" betul ? terima kasih | Terdapat dua cara sebutan untuk perkataan beratur, iaitu ber.a.tur dan be.ra.tur. Perkataan berombak juga mempunyai dua cara sebutan, iaitu ber.om.bak dan be.rom.bak. Sebutan untuk telur ialah te.lur. | Tatabahasa | 10.05.2012 |
1.______senyap semasa beratur di padang. 2.______letakkan kasut di atas rak. 3.______simpan bola ke dalam bilik sukan. Apakah jawapan bagi ketiga-tiga soalan ini?Jawapan pilihan adalah "Sila" dan "Tolong". Adakah jawapan bagi soalan yang pertama,"Sila"dan "Tolong" pun boleh diterima?? Sila jelaskan penggunaan "sila" dan "tolong". Terima kasih. | Kata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan setiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan. Sila (silalah), jemput (jemputlah) dan satu lagi sudi (sudilah) sama sahaja maksudnya iaitu minta dengan hormat. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. | Tatabahasa | 17.07.2013 |
1.______senyap semasa beratur di padang. 2.______letakkan kasut di atas rak. 3.______simpan bola ke dalam bilik sukan. Apakah jawapan bagi ketiga-tiga soalan ini?Jawapan pilihan adalah "Sila" dan "Tolong". Adakah jawapan bagi soalan yang pertama,"Sila"dan "Tolong" pun boleh diterima?? Sila jelaskan penggunaan "sila" dan "tolong". Terima kasih. | Kata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan setiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
para peserta perbarisan dikehendaki beratur mengikut barisan rumah sukan masing-masing. adakah penggunaan para dan masing-masing dalam ayat di atas unsur lewah? atau ayat tersebut adalah betul? kalau salah, apa kesalahannya? | Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 12.03.2009 |
Selamat sejahtera. (A) Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'secara' dan 'dengan'? Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan. 2. Saya membaca buku di dalam perpustakaan dengan senyap. 3. Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan. 4. Saya membaca buku di dalam perpustakaan secara senyap. (B) Bagaimanakah membezakan penggunaan 'supaya' dan 'untuk'? (C) Adakah 'ai' yang terdapat dalam perkataan 'pacaindera' ialah diftong dan harus disebut pa+cain+de+ra? (D) Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya beratur sebelum menaiki bas. 2. Saya beratur untuk menaiki bas. Terima kasih. | 1. Melihat kepada aspek makna, perkataan secara bermaksud cara membuat sesuatu, manakala dengan bermaksud kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan. Berdasarkan makna tersebut ayat yang betul ialah "Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan" dan "Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan". 2. Supaya bermaksud agar atau hendaknya, manakala kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. 3. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Huruf a dan i dalam perkataan pancaindera bukan dalam suku kata yang sama. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
pusat beli-belah atau pusat membeli-belah bengkel baiki kereta atau bengkal membaiki kereta menemui barang kemas atau menemukan barang kemas apa maksud 'berjujup-jujup' dan 'berdedai-dedai' | Frasa yang betul ialah 'pusat beli-belah'; Bengkel baiki kereta; menemukan barang kemas; berdedai-dedai ialah berjalan berduyun-duyun (berturur-turut) dengan tidak beraturan; sila pastikan ejaan 'berjujup-jujup' kerana dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara ditemukan kata 'berjujuk-jujuk' yang bermakna beratur, berbanjar, berduyun-duyun. | Tatabahasa | 14.03.2008 |