Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.au.to.no.mi]/[be.rau.to.no.mi] | براءوتونومي

Definisi : mempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berautonomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "autonomously"? 1) Secara autonomi 2) Secara berautonomi 3) Lain-lain (sila berikan cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Secara terjemahan langsung, autonomously boleh diberikan padanan secara autonomi atau berautonomi bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  

Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Apakah terjemahan bagi "autonomous self-organization"? Terima kasih.Apakah terjemahan bagi "autonomous self-organization"? Terima kasih.
Terjemahan bagi "autonomous self-organization" ialah "swaorganisasi berautonomi".
Istilah17.12.2013
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:
 
1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya
2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan
3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh
4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan
5. Cybersecurity - Keselamatan Siber
6. Systems Integration - Sistem Bersepadu
7. Internet of Things - Internet Benda
8. Simulation - Simulasi
9. Advanced Materials - Bahan Termaju
10. Autonomous Robots - Robot autonomi
11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam
12. enabling technologies - Teknologi pemboleh
Terima kasih
Makna03.10.2018
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasihSemua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi;  3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh).Istilah19.07.2018
Adakah perkataan "memeribadikan" betul dari segi tatabahasa?. Atau sepatutnya perkataan yang betul adalah "Memperibadikan"?. Apitan Memper...kan, Men..kan adalah yang biasa saya dengar dan gunakan. Walaupun apitan meN-…-kan juga menerima kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s, tapi adakah perkataan "Memeribadikan" adalah betul?.

Jawapan:

Perkataan yang betul ialah memperibadikan yang tergolong di bawah apitan kata kerja meN-…-kan yang membawa maksud benefaktif atau manfaat yang pembentukannya memerlukan dua objek. Lazimnya, apitan meN-…-kan menerima objek tepat yang tidak bernyawa.

Contoh ayat:

“Pembelajaran berautonomi membolehkan pelajar memperibadikan agenda pembelajarannya berdasarkan kekuatan akademik dan minatnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 190 hingga 207.

Tatabahasa04.12.2024
 ...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi:  1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;Makna28.09.2010

Kembali ke atas