Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hamil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hamil; mengandung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbadan dua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih

berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169)

Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati.

Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung.

Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas.

Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.



Makna04.02.2025
Apakah "gitar", "gol", "gondol" dan "gila-gila" boleh di kategorikan sebagai simpulan bahasa? Sebagai contoh untuk perkataan "gitar", seperti ayat berikut, Model-model yang menjalankan persembahan fesyen itu semuanya berbadan bentuk gitar. "Gitar" disini membawa maksud bentuk badan wanita yang cantik. Mohon penjelasan DBP. Terima Kasih.Untuk makluman tuan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. Contoh perkataan yang tuan berikan bukanlah simpulan bahasa, sebaliknya ialah kata umum yang masih mengekalkan makna asalnya. Gitar dalam ayat tersebut masih bermaksud gitar dan tubuh wanita dalam ayat itu dikiaskan kepada bentuk gitar.Tatabahasa07.11.2012

Kembali ke atas