apakah perbezaan penggunaan perkataan "pelbagai" ,berbagai dan berbagai-bagai | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 berbagai bermaksud berbanding,bersamaan. Pelbagai dan berbagai-bagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. Dalam konteks penggunaan untuk maksud beberapa jenis kata yang tepat ialah pelbagai atau berbagai-bagai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, hal. 102. | Lain-lain | 25.05.2010 |
adakah terdapat perbezaan antara pelbagai jenis barang dan berbagai-bagai jenis barang dan berbagai-bagai barang serta pelbagai barang? penggunaan jenis dalam frasa tersebut perlu atau bersifat lewah? macam mana ngan penggunaan berbagai-boleh digunakan untuk membilang ke? tq | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata bagai ialah jenis. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. Sila rujuk halaman 102. Oleh yang demikian, sudah memadai apabila kita menggunakan frasa pelbagai barang atau berbagai-bagai barang. Kata berbagai pula bermaksud berbanding, bersamaan dan bukan digunakan untuk membilang. | Tatabahasa | 28.01.2008 |
Mana yang betul pelbagai bangsa berbagai bangsa ? | Berbagai-bagai bangsa atau pelbagai bangsa yang betul. | Tatabahasa | 28.10.2009 |
Apakah perbezaan perkataan "pelbagai" dan "berbagai"? Bagaimanakah pula dengan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Adakah terdapat perbezaan dari segi cara penggunannya. Sekian, terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 berbagai bermaksud berbanding,bersamaan. Pelbagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. dalam konteks penggunaan untuk bermaksud beberapa jenis kata yang tepat ialah pelbagai atau berbagai-bagai. Sila rujuk Kamus Dewan edisi 4, hal. 102. | Tatabahasa | 31.07.2007 |
Bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan perkataan 'pelbagai' dan 'berbagai-bagai' dalam sesuatu ayat? terima kasih | Pelbagai bermaksud berbagai-bagai atau beberapa jenis. Contoh ayat: Pelbagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan ataupun Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Wujud atau tidak perkataan perbagai yang bermaksud berbagai-bagai/pelbagai. Pelbagai jenis barang atau pelbagai barang ? | Mengikut Kamus Dewan Edisis Keempat kata pelbagai, perbagai perbagai-bagi bermaksud berbagai-bagai, beberapa jenis. Yang lazim atau yang telah m,antap penggunaannya ialah berbagai-bagai atau pelbagai seperti dalam penggunaan pelbagai barang. Kata pelbagai sudah membawa maksud beberapa jenis. | Makna | 19.03.2008 |
1.Adakah Berbagai-bagai dan pelbagai betul? terima kasih | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Terima kasih. | Lain-lain | 11.03.2010 |
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasih | Boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Adakah berbagai-bagai itu tergolong dalam kata bilangan | Berbagai-bagi tidak tergolong dalam kata bilangan dan membawa maksud bermacam-macam atau berjenis-jenis. | Tatabahasa | 03.03.2010 |
1. Pelbagai-bagai dan berbagai betul ? | Istilah yang betul ialah pelbagai ataupun berbagai-bagai. | Istilah | 11.03.2010 |