Tuan, Bagaimanakah cara yang betul penulisan bagi singkatan Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berusaha, dan lain lain sebelum gelaran dan nama seseorang? Terima kasih. | Singkatan bagi sapaan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia dan Yang Amat Berbahagia ialah YB, YAB, YBhg. dan YABhg., walau bagaimanapun Yang Berusaha dan lain-lain seperti Yang Dihormati lazimnya dieja penuh. | Tatabahasa | 06.06.2012 |
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia. | Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol. | Lain-lain | 22.10.2009 |
Salam, Adakah panggilan sapaan yang sesuai bagi pegawai yang memiliki ijazah doktor falsafah ialah Yang Berbahagia? Contohnya, Yang Berbahagia Dr. Ahmad bin Salleh atau cukup sekadar Dr. Ahmad bin Salleh? | Sapaan yang lazim digunakan ialah tuan, walau bagaimanpun terdapat penggunaan sapaan YBhg. Dr. dalam amalan seharian lebih-lebih lagi jika penerimanya seorang yang berjawatan seperti Ketua Pengarah. | Lain-lain | 18.09.2011 |
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan Yang berbahagia dalam ucapan majlis rasmi. Siapakah yang layak untuk panggilan tersebut.Hal ini kerana, saya mendapati perkataan Yang Berbahagia diguna pakai untuk semua orang.Kalau di sekolah ditujukan kepada pengetua, penolong kanan dan sesiapa saja.Harap maklum dan terima kasih. | Ungkapan 'Yang Berbahagia' dalam sesuatu majlis digunakan untuk: 1. Tetamu Kehormat yang paling tinggi. (Dari luar atau dalam) 2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Dato'/Datin, Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dsb. Sekiranya sesuatu majlis itu dihadiri oleh tetamu kehormat dari luar, dan sekolah bertindak sebagai penganjur, maka ungkapan yang sesuai untuk Pengetua Sekolah pada ketika itu ialah 'Yang Berusaha'. Penggunaan ungkapan 'Yang Berbahagia' ini tidak tertakluk kepada individu tetapi kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis. | Lain-lain | 01.04.2009 |
Yang Berbahagia dieja YBhg...bagaimana dengan singkatan Yang Berusaha? | Tiada singkatan untuk Yang Berusaha. | Tatabahasa | 26.03.2009 |
APAKAH SALUTASI KEPADA GELARAN YANG BERBAHAGIA BERSERTA NAMANYA BOLEH DI ITALIC DALAM SURAT RASMI? | Ejaan Yang Berbahagia (YBhg.) dalam surat rasmi tidak perlu dicondongkan (italic). Contoh, YBhg. Dato' dan YBhg. Dato' Ahmad bin Harun. | Lain-lain | 12.03.2010 |
singkatan yang betul bagi 'Yang Berbahagia' sama ada Y.Bhg. atau YBhg? | Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg. | Ejaan | 06.03.2007 |
saya ingin mengetahui cara menulis singkatan bagi Yang berbahagia: adakah YBhg. atau Y.Bhg. | Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg. | Tatabahasa | 30.10.2012 |
1. Cara penulisan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia, YBhg. atau YBhg? Merujuk PRPM, YBhg (tanpa titik) takrif untuk kependekan Yang Berbahagia (sumber Kamus Dewan Edisi Empat). 2. Mana yang betul? 'Merujuk perkara di atas' atau 'merujuk kepada perkara di atas'. Kamus Dewan Edisi Empat memberi contoh ayat 'merujuk kepada risalah' manakala dalam jawapan Khidmat Nasihat frasa yang betul ialah 'merujuk perkara' (tanpa kepada). Sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah YBhg 2. Frasa yang betul ialah 'Merujuk perkara yang tersebut di atas ...' | Tatabahasa | 31.01.2011 |
1. Bagaimana membuat kata ulang (jamak) bagi: i. Yang Berhormat ii. Yang Berbahagia iii. yang Mulia 2. Ada penulis yang mencantumkan penulisan kata perintah SEBARLUASKAN, ada pula yang menceraikannya, seperti SEBAR LUASKAN. Mana satu yang betul? Sejauh ini saya mencantumkan bentuk kata perintah TINDAKLANJUTI kerana mengikut rumus transfomasi ayat dasar. Mohon khidmad nasihat. | 1.Kata ganda bagi sapaan ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia-Yang Berbahagia, Yang Mulia-Yang Mulia. 2. Sebar luaskan dieja berpisah, begitu juga dengan Tindak Lanjut,kecuali ada apitan awal dan akhir seperti menyebarluaskan. | Ejaan | 12.09.2008 |