cindai | Sdr. Ibnu Salam, CINDAI membawa maksud - 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Makna | 04.10.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan gubir? | Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir. | Makna | 21.02.2013 |
Salam... Saya ingin bertanya dan fahami akan penggunaan imbuhan 'ber' dan 'be' dalam membuiat ayat. Bolehkah pihak tuan menerangkan kesesuaian penggunaan imbuhan tersebut semasa membuat ayat. | Dalam bahasa Melayu, awalan yang ada ialah awalan ber sahaja, tidak ada awalan be. Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Apabila ber bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya ber + rasa = berasa, ber + raja = beraja. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 161. | Tatabahasa | 02.02.2010 |