Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalas

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hempas tulang tak berbalas jasa.

Bermaksud :

Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Hana Salaeh, sedang belajar Pusat bahasa melayu dasar, di Universiti Islam Yala. Saya ingin bertanya, Apakah maksud berbalas pantun itu serta contohnya, terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat, mendefinisikan berbalas pantun sebagai mengucapkan pantun bersambut­-sambutan. Puan boleh menghubungi atau mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP untuk mendapatkan rujukan buku yang berkaitan dengan pantun.Sastera06.11.2013
petinju-petinju dari kedua-dua buah negara itu berbalas-balas tumbukan untuk meraih kemenangan. (munsyi, adakah petinju-petinju sesuai digunakan? TK)Perkataan petinju-petinju sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa25.06.2013
Ciri-ciri budaya dalam pantun Melayu. Apakah pandangan masyrakat tentang pantun Melayu kini? Apakah langkah atau usaha-usaha yang dijalankan untuk mengekalkan dan memperkasakan pantun Melayu?

Antara usaha-usaha yang telah dijalan oleh DBP dalam memartabatkan pantun ialah mengadakan Pertandingan Berbalas Pantun Antara Kementerian pada setiap tahun. DBP juga telah menerbitkan banyak buku tentang pantun Melayu. Untuk menjawab persoalan saudara, sila rujuk buku "Pandangan Semesta Melayu: Pantun", terbitan DBP, 2006.

Lain-lain29.01.2008
salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih

Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. 

    

 

Lain-lain14.06.2011
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih.Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan  jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas).Makna17.03.2008
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulanganGaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu.Lain-lain03.10.2006

Kembali ke atas