Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ban.ding] | بربنديڠ

Definisi : 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ban.ding] | بربنديڠ

Definisi : 1 ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2 seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3 dibandingkan (dgn): Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbanding

Peribahasa

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
‎"berbanding" atau "berbanding dengan"? Rujukan pangkalan data PRPM telah dibuat, dan hasilnya bercanggah. Jadi, mohon kepastian yang benar-benar muktamad tentang kes ini sebab kalau tak silap, "berbanding" berbeza daripada "berkaitan", "berhubung" atau "berhampiran" yang semua tiga perkataan ini memerlukan "dengan" di belakang. Lebih baik jika jawapan disokong dengan keterangan ilmiah supaya dapat kami gunakan untuk menjawab persoalan, percanggahan atau kekeliruan daripada pelanggan kami. Kami ingin menyelaraskan penggunaannya dalam dokumen dan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) Sekian, terima kasih.Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding.Tatabahasa09.07.2012
Saya ingin bertanya penggunaan beberapa perkataan dalam ayat: 1. Berbanding atau berbanding dengan (yang manakah tepat) 2. Bersama atau bersama-sama atau bersama-sama dengan( yang manakah tepat) 3. Dia tidak hadir ke sekolah sebab demam atau dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. (yang manakah tepat) terima kasih dari Diana1. Penggunaan yang betul ialah berbanding dengan.
2. Bersama dan bersama-sama kedua-duanya betul.
3. Dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam.
Tatabahasa22.02.2012
berbanding dengan atau berbanding di tempat-tempat yang lain.Penggunaan yang betul ialah 'berbanding dengan'.Tatabahasa26.02.2010
Perbezaan bagi berbanding, dibandingkan dan berbandingkan?
Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding. Oleh itu, sama ada kata "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan". Tiada penggunaan perkataan berbandingkan dalam Kamus Dewan. Perkataan lain yang sering digunakan ialah berbandingan, membandingkan, memperbandingkan, pembandingan, membandingi dan sebagainya. 
Tatabahasa28.10.2020
Yang mana satu betul? Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010, ATAU Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010.Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010.Tatabahasa12.07.2012
Boleh saya tahu bagaimana untuk membezakan penggunaan 'berbanding' dan 'dibandingkan'? Adakah di bahagian belakang 'dibandingkan' perlu ada perkataan dengan? Contoh: Jumlahnya seganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama / Jumlahnya seganda lebih tinggi dibandingkan dengan tempoh yang sama. Bolehkah pihak DBP berikan pencerahan? Terima kasih.Sama ada "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan".Tatabahasa16.09.2019
Salam sejahtera, Dalam membuat perbandingan, ayat manakah yang betul? 1. Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk. 2. Udara panas kurang tumpat daripada udara sejuk. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'daripada' dan 'berbanding dengan' dalam melakukan perbandingan?Ayat yang gramatis ialah "Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk".
Tatabahasa04.11.2015
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
dalam penulisan surat rasmi, adakah mesti menggunakan perkataan "Pihak kami" berbanding 'kami'. contohnya, "pihak kami memohon untuk mendapatkan..." berbanding "kami memohon untuk mendapatkan....."Untuk pengetahuan tuan/puan, penggunaan 'pihak kami' lebih santun dalam berbahasa. Selain daripada itu pula untuk menunjukkan surat tersebut mewakili pihak tertentu. Bukan surat individu.Tatabahasa08.08.2008
Mengapa dalam kalangan masyarakat kita gemar mengeja Ramadhan berbanding Ramadan ?

Tuan,

Barangkali banyak sebab yang mendorong masyarakat kita mengekalkan ejaan "Ramadhan" berbanding yang diterima pakai hari ini iaitu "Ramadan".

1. Faktor tidak tahu. Mereka beranggapan bahawa ejaan 'Ramadhan' yang paling standard disebabkan oleh pengaruh atau terbiasa dengan ejaan lama.

2. Faktor buat-buat tidak tahu. Mereka terdiri daripada golongan yang mahu padanan huruf 'dod' kekal ditransliterasikan sebagai 'dh' atas alasan mengeja kata serapan Arab. Biasanya golongan berlatarbelakangkan agama.

 

Penyelidikan05.09.2010
12345678910...

Kembali ke atas