Yang manakah betul? Berbangkit dari perkara itu atau berbangkit daripada perkara itu. | berbangkit daripada | Tatabahasa | 03.11.2007 |
Yang manakah betul? Berbangkit dari perkara itu atau berbangkit daripada perkara itu. | berbangkit daripada. | Tatabahasa | 03.11.2007 |
Soalan. PEKARA-PEKARA BERBANGKIT ATAU PERKARA BEBANGKIT ? * Dalam minit mesyuarat tersebut terdapat banyak perkara yang diperbincangkan. Terima kasih | Lazimnya kita hanya menulis Perkara Berbangkit tidak kira hanya satu atau lebih Perkara Berbangkit yang timbul. | Tatabahasa | 28.06.2012 |
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai 2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat 4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu. | Makna | 16.04.2012 |
Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Soalan puan tidak jelas, sila hubungi kami semula dan sertakan penjelasan soalan tersebut. | Tatabahasa | 02.10.2010 |
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Puan Rozita, Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Soalan : Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini. | Puan Rozita, Sila lihat jawapan yang diberikan. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
Selamat pagi, Baru-baru ini, sebuah pengusaha makanan francais menggunakan “Sensasi Delight” sebagai nama bagi promosi resipi terbaru mereka. Soalan saya, adakah nama ini dibenarkan penggunaannya untuk tujuan pengiklanan? Adakah penggunaan bahasa campuran menjadikan ianya tidak sah digunakan bagi tujuan pengiklanan? Berbangkit daripada soalan diatas, syarikat kami pula ada mencadangkan nama “Rasalicious Roaster” bagi sebuah pengusaha makanan francais yang lain yang mempromosikan ayam panggang sebagai menu utama. Rasalicious – Gabungan “Rasa” + cedokan “licious” dari Delicious = Sedap Roaster – Panggang Soalan saya, adakah “Rasalicious Roaster” sah digunakan sebagai nama produk bagi tujuan pengiklanan kami? Harap pihak Tuan dapat membantu menjawab persoalan saya ini. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan ini tidak boleh diterima kerana kedua-duanya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rojak. Perkataan sensasi delight boleh digantikan dengan hidangan sensasi dan rasalicious digantikan dengan rasa enak. | Tatabahasa | 20.06.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin mengemukakan soalan bagaimana ingin menterjemah bahasa Inggeris "RE:" kepada bahasa Melayu yang digunakan dalam e-mel? Sekian, terima kasih atas perhatian. | Salam Sejahtera. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk RE: yang digunakan dalam e-mel ialah Maklum Balas Perkara Berbangkit. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.04.2017 |
Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP | Encik Sallehuddin, Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini. | Lain-lain | 01.10.2010 |