Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bang.sa] | بربڠسا

Definisi : 1. termasuk dlm bangsa: jurutaip itu ~ Cina; 2. drpd keturunan orang baik-baik (bangsawan dll): orang berasal lagi ~;3. Mn berkerabat: saya ~ dgn isterinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bang.sa] | بربڠسا

Definisi : 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbangsa

Puisi
 

Anak itik anak angsa,
     Anak menyusur lumut di batu;
Jangan ditilik orang berbangsa,
     Tilik akan dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" Salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. b) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes."Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?", salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes ... (apa yang diprotes?)Ejaan19.09.2011
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
Asalamualaikum tuan. Saya disini, ingin belajar Bahasa Melayu. Walaupun saya berbangsa Melayu, tetapi saya kurang mahir berbahasa Melayu. Tetapi, saya telah berusaha sendiri untuk mempelajari Bahasa Melayu. Saya memerlukan pertolongan Encik, pertolongan dari segi awalan, akhiran apitan bagi frasa kerja. Saya sudah mempelajarinya, di buku Tatabahasa Edisi dewan ke-3. NAmun, saya pening bila perlu menggunakan awalan sahaja, akhiran sahaja, apitan meN-...-i/kan, dan amat hargai jika Encik Boleh membantu memperjelaskan pada saya, cara mengetahuinya. Jikalau dalam bentuk file pun tidak mengapa.Untuk makluman, buku yang sesuai dirujuk ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekiranya tuan memerlukan penerangan lebih lanjut mengenai perkara ini, tuan boleh menyertai kursus tatabahasa yang dianjurkan oleh Akademi DBP.Tatabahasa25.08.2012
Banyak orang menyertai larian merentas desa. Dalam ayat itu "Banyak orang" adakah ayat yang betul ? Saya telah bertanya dengan ramai rakan saya yang berbangsa Melayu dan mereka beritahu saya hanya "Ramai orang" digunakan dalam bilangan orang dan tidak dibenar menggunakan "Banyak". Saya keliru dengan ayat tersebut di atas dalam buku latihan anak saya..Banyak orang menyertai larian merentas desa. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja.Tatabahasa11.07.2007
1. Ibu dan ayah (besar hati / lapang dada) apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang (memercikkan) air mawar (pada) pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat (oleh) kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci (punca) merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). 6. A Pak Mat memagarkan di sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. B Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (Salah) C Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Adakah A dan C juga betul? Bagaimanakah pula bentuk ayat jika kata memagari digunakan? 7. Polis itu berjaya (memerangkap) penyeluk saku yang sedang (berkeliaran) di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju (masih sedang) membaiki basikalnya yang (rosak) itu (sehingga) (terlupa untuk) makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas.1. Ibu dan ayah besar hati apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini.
2. Mak Limah sedang memercikkan air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin.
3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat oleh kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu.
4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci punca merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang.
5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). - Penggunaan kata kental tidak sesuai dalam ayat ini.  
6. (B) Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (C) Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Memagari bermaksud membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling) dan meagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar. 
7. Polis itu berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang berkeliaran di kawasan perhentian bas itu.
8. Raju sedang membaiki basikalnya yang rosak itu sehingga terlupa makan tengah hari.
9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. - Memperakukan tidak sesuai dari aspek semantik dalam ayat ini.
10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. - Perkataan sarat tidak sesuai dalam ayat ini.
Untuk melihat adakah perkataan itu sesuai atau tidak dalam ayat, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa14.05.2012

Kembali ke atas