Apakah makna berkulik dalam pantun ini? Helang berkulik tengah hari Cenderawasih mengirai kepak Alang sakitnya berbapa tiri Awak menangis disangkanya gelak | Untuk makluman, kulik-kulik merupakan sejenis burung. Berkulik dalam pantun tersebut bermaksud helang yang meniru bunyi burung kulik-kulik. | Makna | 21.08.2020 |
Apakah perbezaan antara yatim, piatu dan yatim piatu semasa mengisi maklumat murid yang terdapat dalam pengkalan data murid APDM ada tiga pilihan iaitu piatu, yatim dan yatim piatu | yatim =anak yg kematian ibu atau bapanya yatim piatu = anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya Piatu- tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. Yatim dan yatim piatu mempunyai maksud yang sama. Saudara boleh memilih dan merujuk kepada pembuat sistem maklumat tersebut. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. Yatim = kematian bapa 2. Piatu = kematian ibu bapa 3. Yatim piatu = kematian ibu bapa soalan saya, kematian ibu sahaja = ? | Salam sejahtera saudara Sham, Anak yatim juga digunakan untuk anak yang tidak beribu merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu anak yang tidak berbapa dan (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=yatim untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. | Makna | 01.10.2012 |