Selamat sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (m/s 166), imbuhan ber- yang mirip dengan pengertian pasif itu dikira kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Contoh: Baju saya belum berbasuh. Kata kerja berbasuh diambil kira sebagai kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Sekian, terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa perkataan tersebut (seperti contoh yang diberikan) mirip dengan pengertian pasif tetapi kelas kata tetap kata kerja tak transitif. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh. | Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif. | Lain-lain | 31.01.2010 |
Selamat malam, 1. Adakah semua ayat berikut merupakan ayat pasif ? a) Mereka kehausan. b) Bajunya belum berbasuh lagi. c) Dia ketandusan kasih sayang. d) Dia bekerja di kilang kasut. 2. Adakah penanda wacana "justeru / justeru itu" masih relevan untuk digunakan pada permulaan ayat ? | Ayat (a), (b) dan (c) ialah ayat pasif manakala ayat (d) ialah ayat aktif. Penanda wacana yang betul ialah "justeru". | Tatabahasa | 21.01.2010 |
Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1.Abu dan Ali membawa Ahmad di/ke taman. 2.Ani bangun awal/awal-awal pagi. 3.Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh. 4.Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah,tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan/di gerai tepi jalan. 8.Beca merupakan kenderaan bermotor tiga. 9.Di manakah pasar raya itu terletak?/Di manakah terletak pasar raya itu? | Ayat yang betul ialah seperti yabg berikut: 1. Abu dan Ali membawa Ahmad ke taman. 2. Ani bangun awal pagi. 3. Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh (kedua-duanya betul). 4. Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah, tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan. 8. Beca merupakan kenderaan beroda tiga. 9. Pasar raya itu terletak di mana? | Tatabahasa | 07.04.2010 |