Apakah "Battery Electric Vehicle" dalam Bahasa Melayu? Kenderaan Elektrik Bateri? atau Kenderaan Elektrik Berbateri? | Cadangan istilah bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "battery electric vehicle" ialah “kenderaan elektrik berbateri”. | Istilah | 09.05.2024 |
Bolehkah kami menyemak dengan tuan/puan sama ada perkataan/teks berikut adalah betul atau tidak? (a) Peranti Penghalau Nyamuk Kendalian Bateri (b) Tiada Soket Dinding Diperlukan (c) Mudah untuk menggantikan isian semula (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama 8 jam setiap hari (e) Teknologi Penghalau Nyamuk Terkini (f) Prestasi yang dipertingkatkan dengan alat kipas yang unik (g) Butang penunjuk LED (h) Port Masuk (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Intake Port”) (i) Tempat Penyebaran (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Diffuser Area”) | Berikut merupakan cadangan jawapan untuk pertanyaan Puan. Jawapan ini sama seperti yang telah dilampirkan untuk soalan bertarikh 1 Julai 2024. Frasa (c), (e), (g), (h) dan (i) betul. Frasa lain yang dibetulkan termasuklah (a) Peranti Penghalau Nyamuk Berbateri (b) Soket Dinding Tidak Diperlukan (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama lapan jam setiap hari, (f) Prestasi yang ditingkatkan dengan alat kipas yang unik. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 10.07.2024 |