ternestnal (saluran percuma) | saluran/stesen tak berbayar | Istilah | 06.03.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya jika pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan berbayar untuk semakan penggunaan kata terbitan. Sebagai contoh yang dimulai dengan perkataan anti, pra dan pro. Maklumat dalam kamus tidak banyak. Jika ada, siapakah yang harus saya hubungi beserta nama, no telefon dan emel. Terima kasih. | Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan pegawai di Bahagian Perkamusan, melalui ketuanya Puan Dr. Fadilah Jasmani, 03-21479686/fadilah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 18.06.2014 |
Salam sejahtera, Adakah "crowdsource" boleh diterjehkan kepada "Sumber awam"? Jika tidak, sila berikan pendapat anda. Maksud: Mendapatkan maklumat secara berbayar daripada pelbagai individu, biasanya melalui Internet. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Terjemahan "crowdsource" boleh diterima sebagai sumber awam. | Makna | 10.06.2018 |
saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih. | Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah 3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang. | Lain-lain | 16.06.2017 |
Saya ingin tahu istilah yang digubal oleh pihak DBP bagi set-top box. Terima kasih | Untuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat dua padanan bahasa Melayu, iaitu kotak atas set dan kotak set atas. Huraian untuk kedua-dua istilah itu adalah seperti yang berikut: kotak atas set - Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. kotak set-atas - Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | Istilah | 06.08.2014 |
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasih | Dalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu -top box | kotak set-atas | Teknologi Maklumat | Tiada | Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | set-top box | kotak atas set | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. | Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2014 |
bolehkan khidmat nasihat DBP ini menterjemahkan perkataan bahasa inggeris kedalam bahasa melayu melalui laman web ini. jika boleh, boleh kah saya menghantarkannya. terimaksaih. | Harap maaf, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan perkhidmatan perterjemahan secara percuma ataupun berbayar. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381. | Lain-lain | 11.08.2009 |
saya ingin mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang bahasa ataupun sastera. namun, bagaimanakah caranya? Siapakah yang perlu saya hubungi? | Kursus jangka pendek dalam bidang bahasa dan sastera yang dikendalikan oleh DBP hanya di peruntukkan untuk staf DBP.DBP mengendalikan program kursus berbayar jika ada permohonan dan permintaan dari jabatan luar dengan megendalikan sepenuh nya kursus secara pakej berdasarkan modul-modul kursus yang diperlukan oleh pelanggan.Setakat ini DBP belum menawarkan kursus kepada awam secara individu. | Lain-lain | 30.01.2008 |
Halif Nassir knp ke6-6 nom sy call xdangkt? mohon buat penambah baikan...pada sistem dbp sah bahasa..bila ada kslhan ejaan, mohon respond hasil dri pmbtulan tu dibuat dengan cepat.. dah byar pun masih lambat ke periksa pembetulan? Mohon phk dbp membuat penambah baikan bagi sistem pemeriksaan bahasa. Tambahan pula sekrang merupakan sistem yang berbayar id sy halif.nassir@gmail.com..tolomg periksa sistem dbpsahbahasa...sy sudah bt byran..tp still kena byr rm10 | Assalamualaikum En. Halif. Tuan boleh menyalurkan sebarang persoalan tentang pengesahan iklan ke makluman@dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 19.07.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan terjemahan paling tepat untuk istilah 'paywall' dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat : He introduces paywalls around his newspapers. Genre dokumen ini : Teknologi Maklumat Diharap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "paywall". Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sekatan berbayar. | Istilah | 10.03.2013 |