tidak berbelah bagi ke tidak berbelah bahagi? mentua ke mertua? jawapan atau jawaban? | Kedua-duanya boleh digunakan, tidak berbelah bagi atau tidak berbelah bahagi. Ejaan yang betul ialah mentua. Perkataan jawaban dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga adalah betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 30.07.2010 |
frasa berbelah bagi betul atau berbelah bahagia betul? atau kedua-duanya betul? ibu mentua betul atau ibu mertua? | Ejaan yang betul ialah "berbelah bagi" atau "berbelah bahagi". Ejaan "berbelah bahagia" adalah salah. Manakala ejaan yang betul bagi "mentua" ialah "ibu mentua". | Istilah | 30.09.2014 |
SPLIT PERSONALITY | (i) PERSONALITI BAHAGI DUA (ii) PERSONALITI BERBELAH BAGI (iii) PERSONALITI BERPECAH | Istilah | 07.04.2011 |