Assalaamu 'alaikum. Saya memerlukan rujukan bagi bahasa Melayu seperti ejaan, kamus, istilah, dsb, termasuk teknikal dan bukan teknikal, sebagai benchmark kualiti terjemahan kami. Kami dapati laman web ini amat berguna bagi kami. Oleh kerana tugas kami banyak berbentuk dalam talian, kami ingin melanggan penggunaan laman web ini, antaranya, dan rujukan lain seperti perisian ejaan dsb yang sentiasa terkemas kini agar kami dapat gunakan dalam tugas harian kami. Selain daripada penterjemah dalaman, kami juga menggunakan khidmat penterjemah bebas, dan kami berharap mereka juga dapat melanggan daripada Tuan agar kami dapat menghasilkan terjemahan yang standard dan berkualiti sepanjang masa. Saya ingin tahu sama ada Tuan telah pun mempunya skim sebegini, dan jika ada, bolehkah Tuan perincikan harganya. Sekian, terima kasih. Dengan hormatnya, mardia p/s: En Sulaiman Kaiat, adakah Tuan dulu pelajar ISK di UTM Jln Gurney ? Kalau saya tak silap, Tuan pernah menjawab jawatan di persatuan ISK (PERSAKA) kan? Walaubagaimanapun, tahniah atas kemajuan laman web ini. Saya banyak menggunakannya dan kini saya ingin melanggan penggunaan laman web ini secara formal atas nama majikan saya. Alamat emel resmi saya di tempat kerja mnasiruddin@sdl.com Wassalaam. | Terima kasih atas penghargaan dan pandangan yang saudara berikan. Untuk makluman saudara, pihak kami tidak menyediakan khidmat penterjemahan secara khusus melainkan penyemakan bahasa bagi teks atau penyemakan teks yang telah diterjemahkan dalam dokumen rasmi (antara 50-100 patah perkataan). Bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut, saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia 03-41497210. | Lain-lain | 09.02.2009 |
Saya telah menulis dan menerbit buku "Let's get physical" 48 muka surat, berwarna-warni, banyak ilustrasi cara bersenam, dll. Saya ingin menterjemah buku tersebut ke BM. Bolehkah pihak DBP bantu saya dari segi dana dan apa jua bantuan lain? Terima kasih. | Penterjemahan dokumen yang berbentuk teks penuh tidak dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. Walau bagaimanapun penterjemahan dokumen yang lebih berbentuk mencari padanan kata atau istilah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi faridah@dbp.gov.my. Bagi penterjemahan dokumen berbentuk teks penuh, saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, 03-41497210, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, 03-21424381, www.terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 28.06.2010 |
apakah masalah yang sering dialami oleh murid-murid dalam menjawab soalan kata banyak makna | Soalan yang dikemukakan oleh saudara ini berbentuk tugasan kuliah dan memerlukan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Istilah | 18.03.2012 |
persamaan variasi dialek sosial dan dialek geografi | Soalan yang puan kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan dialektologi seperti: Dialektologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Tiada, 1990 Dialektologi tradisional dan dialektologi sosial-bandar: Satuperbandingan matlamat, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1998 Dialektologi bahasa Bugis di sabah, Noor Aina Dani, Jurnal Bahasa, 1 June 2006 Dialektologi struktural dalam penelitian bahasa Bali, Bawa, I Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1992 Dialektologi sosial bandar: satu pengenalan, Idris B. Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1996 Dialektologi Melayu: sumbangan A. Teeuw, Bawa, Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 February 1990 Nilai dialektologi sosial bandar dalam pembangunan negara, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 Tamadun Melayu dan dialektologi, Collins, James T, Jurnal Dewan Bahasa, 1 January 1993 | Lain-lain | 15.04.2014 |
KEPENTINGAN-KEPENTINGAN PENGGUNAAN LARAS BAHASA DALAM PENULISAN ILMIAH | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel untuk mendapatkan senarai berkenaan. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 11.04.2013 |
bagaimana kedatangan bahasa melayu di selatan thai | Soalan yang anda kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu anda menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu. | Lain-lain | 22.09.2014 |
Soalan saya mengenai perkataan "(em)punya" dan diutarakan dalam fail yang dilampirkan. | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Namun begitu, saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan dan melayari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. | Tatabahasa | 04.06.2014 |
JELASKAN LANGKAH - LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR PEMULIHAN KHAS. | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 09.04.2013 |
Assalamualaikum.Saya ingin tahu apakah yang dimasudkan bagi istilah "Alamanda"Boleh pihak DNP jelaskan dengan kadar yang secepat mungkin | Alamanda ialah tumbuhan renek (perdu) bergetah yang banyak ditanam sebagai tanaman hias, bunganya besar-besar berwarna kuning dan berbentuk trompet. | Makna | 17.03.2008 |
SAYA NAK TANYA BANYAK RANCANGAN TV SEKARANG GUNAKAN BAHASA ROJAK SEPERTI LET DU - IT, YOU CAN DU-IT, DAN JUGA SISTEM ATAS TALIAN SEPERTI JOM PAY. INI AGAK MENGELIRUKAN. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan. | Lain-lain | 02.11.2016 |