kami berbesarhati atau kami berbesar hati | kami berbesar hati... | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Saya sangat berbesar hati jika DBP boleh mencetak semula novel yang berjudul PELAJAR TERBAIK oleh WAHBA. Jika ada,saya ingin memilikinya. Terima Kasih | Puan, Insya-Allah, kami akan meneliti cadangan puan ini. | Lain-lain | 22.12.2012 |
Apakah perbezaan makna antara perkataan DAHULU dengan DULU.Bagaimanakah cara penggunaannya dan Saya amat berbesar hati jika Tuan dapat memberi contoh ayatnya. Yang mana satu lebih bagus dari segi ayatnya; (a) Terlebih dulu, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah diambil untuk meningkat produktiviti... (b) Terlebih dahulu, Saya ingin mengucapkan..... | Dulu ialah bahasa percakapan bagi dahulu. Oleh itu, dalam situasi rasmi kata dahulu yang digunakan. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Assalamu'alaikum Warahmatullah. Bagaimana sekiranya saya memiliki skrip buku terjemahan, dan berminat untuk dinilai oleh DBP. Jika diterima saya amat berbesar hati jika pihak DBP bersedia mencetak dan menerbitkannya. Bagaimanakah caranya. Terima kasih | Wkm salam wbkt. Fungsi penterjemahan dan penerbitan buku terjemahan sekarang ini dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Oleh itu, tuan bolehlah menghubungi pihak ITBM untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 25.03.2012 |
Salam. Mohon khidmat nasihat DBP ke atas penggunaan perkataan yang tepat iaitu sama ada huruf kecil atau huruf besar. Pertanyaan seperti dilampirkan. Pihak kami berbesar hati sekiranya pertanyaan ini dapat dijawab dalam kadar yang segera. Terima kasih. | Seperti Lampiran. | Ejaan | 08.10.2013 |
1) Wadah manakah yang sesuai bagi saya menghantar karya saya seperti cerpen atau sajak yang bertemakan remaja dan kanak-kanak? 2) Bagaimana caranya atau syarat-syarat untuk saya menghantar hasil tulisan saya. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Kami amat berbesar hati atas minat puan untuk menghantar karya bertemakan kanak-kanak dan remaja. Sekiranya karya tersebut berupa novel atau koleksi cerpen, puan boleh menghantarnya ke Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Tingkat 21, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya karya puan dalam bentuk sebuah cerpen atau sajak, maka puan boleh menghantarnya ke DBP untuk disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa atau Tunas Cipta mengikut kesesuaian. Sekiranya puan berhajat untuk menghantar kepada penerbit selaian DBP, puan boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak editorial majalah seperti Bintang Kecil, Anis dan sebagainya. 2. Untuk mengetahui tentang cara atau syarat-syarat menghantar karya tersebut, sila hubungi alamat seperti yang tertera di bawah, iaitu bagi penerbitan DBP: Editor Tunas Cipta, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Editor Dewan Siswa, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Editor Dewan Pelajar, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 08.07.2010 |
Tuan, Saya Ketua Panitia Bahasa Malaysia di salah sebuah sekolah swasta Cina di Klang. Guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah ini bercadang untuk mengadakan suatu bengkel atau seminar yang berhubung dengan keseragaman penggunaan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia pada pertengahan bulan November ini. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghantar pegawai yang berkenaan sebagai penceramah dalam sesi ini. Terima kasih. | Sdr. boleh memohon kursus tersebut dengan menulis surat secara rasmi kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel othman5@dbp.gov.my. | Lain-lain | 05.09.2007 |
1)Apakah dimaksudkan dengan kopah dan terkopah- layah. 2)apakah maksud berceratuk dan sesuaikah digunakan: berceratuk kopiah di atas kepala? 3)bagaimanakah hendak menggunakan kata pemeri "ialah dan adalah" dengan betul? 4)saya betul2 keliru bagaimana hendak menggunakan kedua - dua kata pemeri tersebut.Bolehkah nanti penerangan terperinci beserta dengan contoh - contoh mudah diselitkan dalam penerangan tersebut. 5)saya amat berbesar hati, sekiranya pihak tuan menjawab pertanyaan saya ini dan pertanyaan terdahulu dengan kadar segera kerana saya amat memerlukan informasi penting ini , ia mempengaruhi kerja saya dan juga pengguna bahasa lain di luar sana. 6)sekian terima kasih...... | 1. Kopah bermaksud berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dr mulut dll), walau bagaimanapun tidakada dalamsumber rujukan kami. 2. Berceratuk bermaksud duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak-banyak, ayat berceratuk kopiah di atas kepala - tidak sesuai, tidak mungkin kopiah diatur banyak-banyak di atas kepala. 3. Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja, contoh aayat; Anaka ialah anugerah Allah. Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, contoh ayat; Matlamat unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tugas, Baju itu adalah baik. | Tatabahasa | 02.09.2008 |
Tuan/Puan, Saya ingin memohon tajaan naskhah majalah terbitan DBP. Sebagai contoh Dewan Siswa,Dewan Masyarakat, dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah dipilih untuk menjalani program Fulbright Foreign Language Teaching Assistant di Northern Illinois University, dan saya akan menjadi tutor Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar yang membuat kajian dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya amatlah berbesar hati jika pihak DBP boleh membantu dalam memberikan sumbangan beberapa naskah majalah dan lain-lain rujukan yang dirasakan sesuai. Saya akan menghantar butiran lengkap mengenai program yang saya akan sertai jika pihak DBP sudi menghulurkan bantuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih | Tahniah kerana sdr. terpilih menjalani program Fulbright Foreign Language di Amerika Syarikat. Untuk rekod, silalah tulis surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur bagi mendapatkan bahan rujukan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Amerika Syarikat. | Lain-lain | 19.03.2008 |
As salam.. Saya nak tanya tajuk mana yang lebih sesuai dan tiada unsur kesalahan BM. 1. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik melalui Makanan Masyarakat India 2. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Makanan Masyarakat India 3. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Kepelbagaian Makanan Etnik India 4. Makanan Masyarakat India Menjadi Pencetus Keeratan Hubungan Etnik. Jika tuan/puan mempunyai idea yang lain, saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai. Terima Kasih. | Cadangan kami, "Makanan India mengeratkan hubungan etnik" atau "Makanan India menyatukan etnik". | Tatabahasa | 12.04.2013 |