kami berbesarhati atau kami berbesar hati | kami berbesar hati... | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Assalamualaikum Tuan, Mint jasa baik tuan untuk mengedit ayat dibawah ini supaya susunan ayat betul: Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Kami dari syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan cara melindungi Data Center dan Data-data yang sangat kritikal dari ancaman EMP serta lain-lain perlindungan seperti yang terdapat dalam kertas cadangan yang dilampirkan di dalam attachment file , sila rujuk dalam file tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengaturkan satu temu janji bagi kami memperjelaskan dengan lebih detail tentang cadangan ini Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan sila tuan/ puan hubungi kami di talian untuk tarikh temujanji : 60 14 228 3352 atau e-mail : hasbi@hby-cakradonya.com Sekian , Terima kasih | Waalaikumsalam. Ayat yang telah diedit ialah: Salam Sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan. Kami dari Syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan-tuan dan puan-puan cara-cara untuk melindungi pusat data dan data-data lain yang sangat kritikal dari ancaman EMP. Kami juga menyediakan perlindungan lain seperti yang terdapat dalam kertas cadangan dalam fail lampiran. Ssila rujuk dalam lampiran fail tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat mengadakan satu janji temu dengan kami supaya kami dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang cadangan ini. Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami di talian 60 14 228 3352 atau e-mel hasbi@hby-cakradonya.com untuk tarikh janji temu. Sekian , terima kasih. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
Mohon pencerahan, kata sapaan bagi seseorang yang bergelar Doktor. Contoh ayat di bawah: "Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput Dr. bagi menyampaikan ceramah di dalam program ini" Terima kasih. | Dalam penulisan surat rasmi sapaan tuan atau puan boleh digunakan bagi sesorang yang mempunyai pangkat Doktor. Ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput tuan bagi menyampaikan ceramah dalam program ini" | Tatabahasa | 22.12.2019 |
Saya sangat berbesar hati jika DBP boleh mencetak semula novel yang berjudul PELAJAR TERBAIK oleh WAHBA. Jika ada,saya ingin memilikinya. Terima Kasih | Puan, Insya-Allah, kami akan meneliti cadangan puan ini. | Lain-lain | 22.12.2012 |
Salam sejahtera. Saya amat berbesar hati jika Tuan/Puan dapat memberi bantuan istilah Bahasa Melayu untuk "trade dress", yang merupakan suatu bentuk hak harta intelektual berdasarkan ciri-ciri visual sesuatu produk. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi istilah trade dress. Kami akan panjangkan pertanyaan ini kepada JK Istilah Semasa untuk mendapatkan padanan yang sesuai dan memberi maklum balas melalui e-mel tuan. | Istilah | 12.05.2019 |
Saya guru Kesusasteraan Melayu.Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dpt brkerjasama untuk meningkatkn pdp guru-guru kesusasteraan melayu.Saya ada cadangan .Antaranya : 1.Sesi dialog terbuka dgn penulis teks novel kesusasteraan melayu Saya sudi memberikn kerjasama sekiranya pihak tuan dpt merealisasikn hasrat saya ini demi kepentingan anak didik dan martabat subjek kesusasteraan melayu. No.telefon saya 012 4941273. | Kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP, Puan Hajah Siti Aisah Murad, melalui talian 03-2147 9222, e-mel aisah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.05.2015 |
Saya adalah seoarang guru untuk sebuah pusat tuisyen. Kami amat berbesar hati menjadikan buku-buku terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sebagai rujukan. Namun, kami dapati terdapat Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua keluaran DBP mengandungi peribahasa-peribahasa yang bercampur dengan peribahasa Indonesia. Persoalannya, adakah wajar untuk menggunakan peribahasa-peribahasa tersebut dalam sistem pendidikan sekolah di Malaysia? Penggunaan bahasa masa kini telah mewujudkan beberapa peribahasa moden yang masih belum diiktiraf oleh DBP. Adakah penggunaan peribahasa tersebut boleh diterima dalam pendidikan sekolah? | Peribahasa ialah warisan dari satu generasi ke satu generasi. Tidak ada peribahasa moden, berkemungkinan yang berlaku ialah ungkapan umum yang popular dan dianggap sebagai peribahasa. Peribahasa Melayu diwariskan oleh generasi terdahulu dan digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di Malaysia atau sebaliknya. Untuk tujuan peperiksaan khususnya hendaklah dirujuk kepada pihak yang berkuasa dalam hal berkenaan. | Lain-lain | 07.08.2018 |
Apakah perbezaan makna antara perkataan DAHULU dengan DULU.Bagaimanakah cara penggunaannya dan Saya amat berbesar hati jika Tuan dapat memberi contoh ayatnya. Yang mana satu lebih bagus dari segi ayatnya; (a) Terlebih dulu, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah diambil untuk meningkat produktiviti... (b) Terlebih dahulu, Saya ingin mengucapkan..... | Dulu ialah bahasa percakapan bagi dahulu. Oleh itu, dalam situasi rasmi kata dahulu yang digunakan. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Assalamu'alaikum Warahmatullah. Bagaimana sekiranya saya memiliki skrip buku terjemahan, dan berminat untuk dinilai oleh DBP. Jika diterima saya amat berbesar hati jika pihak DBP bersedia mencetak dan menerbitkannya. Bagaimanakah caranya. Terima kasih | Wkm salam wbkt. Fungsi penterjemahan dan penerbitan buku terjemahan sekarang ini dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Oleh itu, tuan bolehlah menghubungi pihak ITBM untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 25.03.2012 |
Salam. Mohon khidmat nasihat DBP ke atas penggunaan perkataan yang tepat iaitu sama ada huruf kecil atau huruf besar. Pertanyaan seperti dilampirkan. Pihak kami berbesar hati sekiranya pertanyaan ini dapat dijawab dalam kadar yang segera. Terima kasih. | Seperti Lampiran. | Ejaan | 08.10.2013 |