Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan untuk ayat yang bagaimana kita menggunakan perkataan "berbeza" dan "berbeza-beza"? Adakah "Bayaran & caj mungkin berbeza-beza mengikut yuran & caj standard" merupakan terjemahan yang tepat untuk "The fees & charges may vary according to the standard fees & charges"? Terima kasih.Pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu berbeza daripada pemerintahan mengikut kaedah persatuanAdat itu mempunyai tafsiran yang berbeza antara ahli-ahli penganutnya. Berdasarkan contoh ayat, berbeza menunjukkan kelainan antara satu benda/perkara dengan satu benda/perkara lagi, manakala berbeza-beza mempunyai beberapa kelainan. Oleh itu, ayat yang betul "Bayaran dan caj mungkin berbeza mengikut yuran dan caj standard."Penyemakan dan penterjemahan09.12.2019
Antara CARTA ORGANISASI dan CARTA ORGANISASI FUNGSI, adakah ianya sama atau berbeza, jika berbeza, apakah bezanya. Terima kasih.

Secara umumnya, Carta Organisasi menerangkan struktur organisasi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit yang distrukturkan mengikut  hierarki jawatan, nama pegawai dan pecahan program/fungsi.

Secara umum, Carta Fungsi menerangkan pecahan fungsi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit dan Carta Fungsi ini menerangkan perincian setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi setiap program/fungsi. 

Untuk keterangan lanjut, tuan boleh merujuk kepada buku-buku pengurusan yang terdapat di pasaran.

Lain-lain23.06.2009
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan istilah 'gadget'? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'peranti mudah alih'? 3) Adakah 'peranti mudah alih' , 'peranti elektronik' dan 'peranti digital' mempunyai maksud yang berbeza? Sekiranya berbeza, mohon bantuan untuk dijelaskan setiap maksud perkataan ini. Terima kasih.1. Padanan bagi gadget ialah alat atau alatan.
2. Peranti mudah alih ialah padanan bagi istilah mobile device.
3. Peranti mudah alih ialah peranti pengkomputeran dalam telefon pintar, komputer dan sebagainya. Peranti elektronik ialah komponen yang mengawal arus elektrik. Peranti digital ialah peranti yang mengandungi sistem digital seperti telefon pintar. Untuk mengenal pasti persamaan atau perbezaan ketiga-tiga peralatan ini, perlu merujuk pihak yang pakar, kamus hanya dapat memberi makna perkataan tanpa perincian yang jelas.
Istilah06.11.2019
Adakah jaket keselamatan air boleh dipanggil pelampung?
Jaket keselamatan dan pelampung ialah dua benda yang berbeza dan bentuk pun berbeza
walaupun fungsinya sama.
Istilah01.08.2014
Adakah bol dan bolt dua benda berbeza? Kerana mengikut terjemahan, bol untuk mengetatkan sesuatu, sementara bolt untuk mencamtunkan dua benda, jadi, adakah itu bermakna ia dua benda berbeza?Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.Istilah04.01.2018
Adakah penggunaan ayat "Didatangkan dalam pelbagai saiz yang berbeza" betul? Jika salah, apakah pengunaan ayat yang betul. Terima kasih.
Ayat yang sesuai ialah dengan pelbagai saiz yang berbeza
Lain-lain05.07.2018
salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih.Wa alaikumussalam.
Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama.  Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza.  Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:
"pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. ber­temu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. me­ne­mu bual menyoal sese­orang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara.
Istilah27.02.2017
...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu?...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu?
Kedua-dua istilah, iaitu 'temu mesra' dan 'temu murni' tiada dalam pangkalan DBP. Tuan boleh memberikan istilah sumber sekiranya daripada bahasa Inggeris dan DBP akan cuba memberikan cadangan padanan mengikut konsep yang dimaksudkan.  Perbezaan boleh diberikan dengan melihat konteks penggunaannya.
Istilah23.01.2014
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa MelayuDalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Ejaan10.05.2012
Selamat petang. Bolehkah jelaskan apakah perbezaan penggunaan kata ganti diri kedua "awak" "anda" "kamu" dan "engkau"? Adakah penggunaannya berbeza ikut rasmi atau tidak rasmi atau macam mana?Awak, engkau, kamu dan anda adalah kata nama ganti diri kedua. Suasana bagi menggunakan sapaan ini berbeza mengikut hubungan dan kedudukan. Awak dan kamu boleh digunakan bagi sapaan guru dengan pelajar, engkau pula antara kawan baik, dan anda adalah sapaan yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur . Sapaan ini lazimnya dilafazkan kepada tetamu aaatau hadirin sebagai tanda hormat.Tatabahasa02.02.2016
12345678910...

Kembali ke atas