Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan untuk ayat yang bagaimana kita menggunakan perkataan "berbeza" dan "berbeza-beza"? Adakah "Bayaran & caj mungkin berbeza-beza mengikut yuran & caj standard" merupakan terjemahan yang tepat untuk "The fees & charges may vary according to the standard fees & charges"? Terima kasih. | Pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu berbeza daripada pemerintahan mengikut kaedah persatuan. Adat itu mempunyai tafsiran yang berbeza antara ahli-ahli penganutnya. Berdasarkan contoh ayat, berbeza menunjukkan kelainan antara satu benda/perkara dengan satu benda/perkara lagi, manakala berbeza-beza mempunyai beberapa kelainan. Oleh itu, ayat yang betul "Bayaran dan caj mungkin berbeza mengikut yuran dan caj standard." | Penyemakan dan penterjemahan | 09.12.2019 |
Kesalahan bahasa Tahap pelajaran yang diperlukan berbeza-beza berdasarkan perkejaan tertentu.jawapan itu ialah akademik.Mengapakah pelajaran dalam ayat ini adalah salah? | Akademik bermaksud bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan. Manakala pelajaran pula bermaksud segala sesuatu yang dipelajari atau yang diajarkan. Oleh itu, ayat Tahap akademik yang diperlukan berbeza-beza berdasarkan pekerjaan tertentu adalah betul.
| Tatabahasa | 30.11.2021 |
Kami masih ragu-ragu dengan penggunaan kosa kata~'menugasi' dengan 'menugaskan' kerana penjelasan agak berbeza-beza. | Menurut data kami, perkataan "menugasi" ialah memberi seseorang tugas manakala "menugaskan" ialah menyerahkan sesuatu tanggungjawab sebagai tugas kepada seseorang. Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my | Tatabahasa | 22.09.2015 |
ingin maklumat tentang variasi bahasa | Merujuk Kamus Dewan Edisi, antara maksd variasi ialah bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Untuk keterangan lanjut berkenaan varisi bahasa, saudari boleh merujuk buku-buku yang berkaitan. Antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 09.08.2009 |
Berapakah jumlah royalti yang biasa diterima dari penerbitan buku oleh DBP? | Salam, Untuk makluman saudara royalti yang biasa dibayar kepada penulis buku yang diterbitkan oleh DBP adalah berbeza-beza mengikut peringkat/kategori buku. Royalti yang dibayar adalah antara 10-20% bagi setiap buku. Walau bagaimanapun peratusan royalti juga bergantung kepada jumlah penulis yang terlibat dalam penghasilan sesuatu buku tersebut. | Lain-lain | 28.04.2009 |
Adakah wujud perkataan " Skirt" di dalam Bahasa Melayu. Boleh perjelaskan.Terima kasih. | Perkataan 'skirt' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Skirt ialah pakaian luar perempuan (cara Barat) yang dilekatkan di pinggang dan labuhnya berbeza-beza. | Makna | 29.07.2008 |
Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVEN | Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
Saya ingin menayakan mengenai penerbitan buku 1. Semua yang perlu di ketahui untuk menerbitkan sebuah buku 2. Berapakah jumlah buku yang telah malaysia terbitkan pada 2010 (syarikat penerbitan) 3. dan undang-undang penerbitan di malaysia | (1)Proses penerbitan buku berbeza-beza sedikit mengikut penerbit dan jenis buku yang diterbitkan. Pada umumnya, proses penerbitan bermula dengan cadangan penulisan/manuskrip daripada penulis, pelantikan penulis, penilaian manuskrip, kelulusan penerbitan, penyuntingan, penyediaan reka bentuk dan ilustrasi, pembacaan pruf, penyediaan pruf akhir, dan percetakan. (2) Anda boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat. (3) Anda boleh mendapatkan maklumat tentang undang-undang penerbitan di Malaysia dengan membaca sebarang buku tentang Undang-undang Hak Cipta di Malaysia. | Lain-lain | 23.11.2010 |
Apakah terjemahan untuk "light brown" dan "dark brown"? Adakah coklat cerah dan coklat gelap? | Istilah warna dalam bahasa Melayu untuk: Light brown = Perang muda Dark Brown = Perang tua Terdapat istilah warna-warna yang tertentu mengikut ton yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun terdapat juga istilah umum yang biasa digunakan seperti istilah warna dalam soalan. Terima kasih. | Istilah | 22.09.2017 |
apakah maksud diskriminasi? | Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang berbeza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskriminasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari segi layanan): golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka. | Tatabahasa | 01.02.2013 |