Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.ji] | بربيجي

Definisi : mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.ji] | بربيجي

Definisi : 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbiji


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasihUntuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang.Istilah12.10.2012
Apakah perbezaan diantara penjodoh bilangan biji dan buah? Bilakah ia digunakan.Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi.Tatabahasa29.09.2006
Penjodoh Bilangan "biji" and "buah". Yang manakah lebih sesuai - biji mangga atau buah mangga?Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Jawapan yang betul ialah biji.Tatabahasa13.04.2012
ada yg mempertikaikan penjodoh bilangan bg lobak merah ialah biji...keliru

Salam sejahtera,

Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang lobak. Hal ini kerana, penjodoh bilangan 'biji' digunakan pada benda-benda yang agak bulat atau bujur tetapi kecil seperti telur, buah-buahan, cawan, periuk, piring dan mangkuk. Sekiranya puan, merujuk Kamus Dewan pula,  biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian.

Makna01.11.2012

Kembali ke atas