Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bo.la/.ba.li/] | بربولاک-باليق

Definisi : berbalik-balik, berulang-ulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bo.la/.ba.li/] | بربولاک-باليق

Definisi : 1 kembali dan pergi semula; berulang-alik: Bas itu ~ mengangkut penumpang. 2 bercakap dgn tidak tetap atau berubah-ubah; berputar belit: Dia ~ dlm mempertahankan tindakannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbolak-balik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

Salam sejahtera,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut.

    Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.

Tatabahasa13.10.2012

Kembali ke atas