Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbual, berbual-bual 1 |
|
|
Khidmat Nasihat
Yang manakah adalah betul ? 1. Penny dan kawannya menduduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra. 3. Penny dan kawannya berbual-bual dengan mesra sambil menduduk di atas kerusi. | 2. Penny dan kawannya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan mesra | Tatabahasa | 02.03.2019 |
Terima kasih atas jawapan dan nasihat saudara, 1.Saya sedang berbual dengan kawan saya.Perkataan berbual betul???atau guna berbual-bual. 2.Penggunaan perkataan samping , tepi , sebelah ??? Terima kasih | Yang betul ialah saya sedang berbual-bual dengan kawan saya. Perkataan "samping" mengikut Kamus Dewan bermaksud di sebelah, di rusuk, di sisi. Oleh itu, perlu ada kata sendi "di", dan maknanya sama dengan "tepi" dan "sebelah". | Tatabahasa | 30.05.2007 |
Salam sejahtera, Adakah kedua-dua ayat di bawah juga betul? Ali kenal benar akan lelaki yang sedang berbual-bual dengan ayahnya. Ali kenal amat akan lelaki yang berbual-bual dengan ayahnya. sekian. | Kedua-dua ayat adalah salah. Ayat yang betul ialah: 1. Ali amat mengenali lelaki yang berbual dengan ayahnya. 2. Ali benar-benar mengenali lelaki yang sedang berbual-bual dengan ayahnya. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada ayat-ayat di bawah terdapat kesilapan tatabahasa. 1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain. Terima kasih atas khidmat nasihat yang diberi. | 1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain. Ayat no. 1 dan no. 2 betul. Ayat no.3 : Aku berkenalan dengan kawan-kawan baru. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereeka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual. 2. najis kelawar dikenali sebagai 'guano". satu pemetik kata atau dua?) | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Pada suatu malam selepas mencari makanan, mereka bergantung pada sebatang dahan pokok lalu berbual-bual.
- Najis kelawar dikenali sebagai "guano". 1">
| Tatabahasa | 06.12.2018 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close