kita kan berbudi | kitakan berbudi | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa? | Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak. | Tatabahasa | 21.02.2012 |
salam sejahtera. Saya musykil tentang ayat ini sama ada betul atau tidak. Seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjung walau di mana sahaja dia berada. terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjungi walu di mana sahaja dia berada. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Salam Tuan, Soalan saya apakah maksud amalan berbudi bahasa. | Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan. | Makna | 17.06.2008 |
Perbuatan ini menunjukkan kita seorang yang berbudi bahasa. Adakah penggunaan kita seorang itu betul ? Kita adalah jamak manakala seorang adalah tunggal. | Dalam konteks ayat di atas, "kita" ada yang bermaksud "saya" dan biasanya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu "kita seorang" bermaksud "saya seorang". | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Salam Sejahtera. Untuk ucapan terima kasih, manakah yang lebih sesuai antara berbudi bahasa dengan menghargai jasa. Sekian. | Ucapan terima kasih lazimnya diucapkan kerana membalas budi atau menghargai jasa yang diberi. | Tatabahasa | 02.03.2012 |
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun. | Tatabahasa | 20.01.2013 |
Selamat pagi. Apakah maksud masyarakat madani?? Terima kasih. | Secara umum, masyarakat madani bermakna masyarakat yang berperadaban, berbudi luhur atau berakhlak mulia. | Makna | 11.05.2005 |
maksud dalam bahasa melayu 1) bestari 2) bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Lain-lain | 19.10.2010 |
apakah fungsi kesantunan bahasa pada zaman ke arah kemajuan? | Kesantunan bahasa penting supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kesantunan mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri melibatkan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. | Lain-lain | 06.09.2006 |