Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.kit] | بربوکيت

Definisi : mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.kit] | بربوکيت

Definisi : ada bukitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbukit

Puisi
 

Labuan tidak berbukit,
     Adalah bukit di Batu Arang;
Kenang tuan bukan sedikit,
     Darilah dulu sampai sekarang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kain songket yang dibeli oleh ibu itu sungguh molek tenunannya. 2. Pekerja di kedai dobi itu sedang menggosok baju yang berbukit di dalam bakul. Adakah 2 ayat di atas betul? kalau salah, salah di mana? terima kasih encik/puan.

Ayat pertama “Kain songket yang dibeli oleh ibu itu sungguh molek tenunannya” betul.

Ayat kedua diberi penambahbaikan seperti yang berikut, “Pekerja di kedai dobi itu sedang menggosok baju yang membukit di dalam bakul”. Perkataan berbukit dibetulkan kepada membukit kerana berbukit merujuk kawasan yang mempunyai bukit, manakala membukit bermaksud sesuatu yang menimbun atau berlonggok sehingga menjadi tinggi seperti bukit.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021),  halaman 337-338.


Tatabahasa01.08.2025

Kembali ke atas