Pihak polis berjaya menangkap lelaki itu yang telah meragut keselamatan orang awam sejak berbulan lamanya. Tuan,saya nak tanya mengapakah perkataan“berbulan” dalam ayat ini menjadi‘berbulan-bulan’ bahkan bukannya berbulan? Rumahnya yang usang itu kelihatan sangat gelap-gelita apabila lampu pelita yang dinyalakannya terpadam kerana disembur angin. Mengapakah “sangat gelap-gelita” dan ‘disembur’ dalam ayat ini salah ya ?Minta Tuan boleh memberi penjelasan.Terima kasih | 1. Berbulan bermaksud ada bulan, dalam konteks ini perkataan yang betul ialah berbulan-bulan, menunjukkan banyak bulan atau lama. 2. Lihat maksud gelap dan gelap-gelita. Gelap bermaksud keadaan gelap dan gelap-gelita bermaksud sangat/amat gelap, perkataan gelap-gelita tidak boleh didahului kata penguat amat. | Tatabahasa | 13.01.2021 |
Jika perkataan 'honeymoon' bermaksud berbulan madu, bagaimana pula dengan perkataan 'babymoon'? Contoh ayat, "Sempat lagi tak kita nak 'babymoon'? Jom bercuti kat hotel untuk 'babymoon' kita. Lagipun, sayang dah nak bersalin." | Padanan bahasa Melayu bagi kata babymoon ialah bulan madu hamil.Padanan kata ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.09.2022 |
Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasih | Bayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Ayat ini betul atau tidak? 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga ke petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf di atas kejadian yang berlaku semalam. | Ayat yang betul ialah: 1. Majlis itu berlangsung dari pagi hingga petang 2. Surat itu diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Sudah berbulan lamanya, dia tidak pulang ke kampung. 4. Kerana rajin belajar, Aina lulus dalam peperiksaan. 5. Pihak sekolah memohon maaf atas kejadian yang berlaku semalam. | Tatabahasa | 18.08.2010 |