Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunga

Puisi
 

Tanamlah bunga tidak berbunga,
     Tanam ke darat berbunga jua;
Di dalam dunia tidak bersama,
     Di dalam akhirat bersama jua.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang tepat - frasa/ bahasa berbunga atau frasa/ bahasa bebunga?Jawapan yang betul ialah bahasa berbunga.Tatabahasa03.01.2021
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasihKedua-da ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2010
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan,  Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Tatabahasa31.08.2012
Adakah ayat ini betul dari segi ejaan paku pakis (sama ada perlu huruf besar atau tidak)? --> "Kebanyakkan tumbuhan yang tidak berbunga adalah paku pakis"Jawapan yang betul berdasarkan cadangan ayat yang diberikan ialah "Kebanyakkan tumbuhan yang tidak berbunga adalah paku pakis".Lain-lain12.09.2022
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak.Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM  untuk rujukan lanjut.     Lain-lain03.07.2008
HIGHTENSILE DEFORMED BARSBAR BERBUNGA TEGANGAN TINGGIIstilah21.01.2011
Apa terjemahan figure-skating?Padanan yang tepat bagi istilah "figure skating" ialah "luncur ais berbunga". (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)Istilah29.09.2022
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
Apakah maksud “mengerinjing” dalam ayat ini? “Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjing sahaja kakinya ke sana ke mari.” Terima kasih.Tiada kata terbitan "mengerinjing" seperti dalam ayat tersebut dalam pangkalan data perkamusan.

Yang ada ialah kata "kerinjing" yang bermaksud:

pokok sederhana hingga sangat tinggi, berbunga dan berbuah kecil berjambak, dan kayunya boleh dibuat bahan bangunan, bahan api dan sebagainya; jitang; Bischofia javanica.

atau 

kata "mengerinjang" (kata akarnya kerinjang) yang bermaksud:

melangkah-langkahkan atau menjejak-jejakkan kaki ke tanah dan sebagainya, misalnya ketika berpencak silat.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk mendapatkan maklumat berkaitan kata bahasa Melayu yang terkini. 

Makna24.08.2024
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut:
1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk
2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal
3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung
Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. 
Istilah01.10.2012
12

Kembali ke atas