Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan, Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasih | Kedua-da ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak. | Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut. | Lain-lain | 03.07.2008 |
cindai | Sdr. Ibnu Salam, CINDAI membawa maksud - 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Makna | 04.10.2010 |
1.apakah wujud perkataan mehnah dan tribulasi dalam bahasa melayu,kerana saya tidak mendapati maksudnya didalam kamus dewan.terima kasih 2.Bagaimana nak mendapatkan perkataan2 berbunga2 untuk penulisan cerpen atau novel | 1. Perkataan mehnah dan tribulasi tiada terdapat dalam daftar Kamus Dewan. Perkataan mehnah adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/bala/kesusahan. Perkataan tribulasi pula, dalam daftar Kamus Inggeris Melayu Dewan iaitu tribulation bermaksud kesengsaraan. 2. Bagi mendapatkan perkataan berbunga-bunga dalam penulisan cerpen dan novel, saudara perlulah banyak membaca dan membuat kajian. Antara buku/karya yang sdr. boleh baca (tentang gaya bahasa) ialah karya Anwar Ridhwan, Azmah Nordin, Arena Wati, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah dan lain-lain. | Lain-lain | 10.12.2007 |
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut: 1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk 2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal 3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.
| Istilah | 01.10.2012 |
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “safron”. Saffron 329. (1) Saffron shall be the dried stigmata or top of style of flower of the plant Crocus sativus. Kuma 329. (1) Kuma hendaklah stigmata kering atau bahagian atas stil bunga tumbuhan Crocus sativus | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut: safron kata nama 1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga Kashmir, India; koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma; Crocus sativus; 2 benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan. Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya. Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini. | Lain-lain | 01.07.2021 |
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “saffron”. | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut: safron kata nama 1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga Kashmir, India; koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma; Crocus sativus; 2 benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan. Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya. Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini. | Lain-lain | 01.07.2021 |
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasih | Ejaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang. perepat1 ڤرڤت n pedada (tumbuhan); perepat laut a pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; b buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan; perepat merah perepat laut. perepat2 ڤرڤت Palembang ark n kawan. pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat. Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya. | Lain-lain | 12.03.2022 |