Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik. | Saudari Succy, Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi' | Makna | 20.09.2012 |
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi". Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi". | Penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. berbunyi&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh" | Lain-lain | 24.12.2015 |
Ada pantun berbunyi: Bukan ringgit dipandang orang, budi bahasa rangkaian hati. Apakah maksud 'rangkaian hati'? | “Rangkaian hati” dalam pantun tersebut boleh membawa pengertian budi bahasa yang dipilih berbanding harta benda atau dibandingkan harta benda, budi bahasa itu jauh lebih bernilai. | Makna | 06.05.2020 |
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagi | Antara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut. | Makna | 19.10.2011 |
Apakah tanda baca bagi ayat berikut? Ring...loceng rehat berbunyi. | Ring, loceng rehat berbunyi. | Lain-lain | 28.02.2007 |
Anak saya menulis karangan yang antara ayatnya berbunyi, "Ibu saya sangat sukakan kucing." Guru BM tidak membuat sebarang pembetulan. Adakah ayatnya betul atau seharusnya berbunyi, "Ibu saya sangat suka akan kucing."? | Ayat yang gramatis ialah, "Ibu saya sangat suka akan kucing." | Tatabahasa | 26.01.2010 |
kenapa perkata budaya بودايا ada alif diakhirnya? | Mengikut Hukum Luar Darlung, apabila suku kata praakhir terbuka berbunyi [a] diikuti suku kata akhir terbuka yang juga berbunyi [a], maka huruf alif hanya digunakan untuk melambangkan huruf praakhir sahaja, seperti ejaan کباي dan سباي . Walau bagaimanapun terdapat beberapa patah perkataan yang terkecuali daripada hukum ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan perkataan lain seperti supaya dan supai, maka huruf praakhir dan akhir diwakili oleh huruf alif. Perkataan budaya tidak tertakluk pada alasan ini kerana tidak ada perkataan budai. Hal ini perlu kami rujuk kepada pakar ejaan Jawi. | Ejaan | 08.10.2018 |
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?] | Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan. | Lain-lain | 17.11.2011 |
soalan berhubung penjodoh bilangan berikut, Ibu menanam sawi di atas se________ batas. jawapannya sama ada ' batang ' atau 'banjar' soalan kedua, Radio itu berbunyi sangat _______ . jawapannya sama ada ' kuat atau 'bising'. Terima kasih | i. Sebanjar batas. ii. Radio itu berbunyi sangat kuat. | Lain-lain | 28.02.2008 |