Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunyi 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya ingin mengemukakan satu soalan yang berbunyi 1) Se( )benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju. Adakah jawapan gelung boleh diterima sebagai jawapan selain buku? Mengapa ? Terima Kasih.

Penjodoh bilang bilangan yang tepat ialah segelung benang atau segulung benang.

Tatabahasa16.08.2011
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Jika soalan saya berbunyi (1) Sazali terpakasa menangguhkan perkahwinannya kerana menghadapi masalah kewangan. (2) Pasangan penggantin diraja duduk di atas peterana sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang. (3) Dia menonton bola sepak di Stadium. Apakah jawapan yang betul bagi ketiga-tiga soalan di atas? Soalan saya yang kedua ialah adakah Ayat Susunan Songsang tidak mempunyai makna? atau sebahagiannya mungkin tidak ada makna? Soalan saya yang ketiga ialah pernah pihak DBP menjawab soalan saya yang berbunyi menukarkan ayat pasif (Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat) kepada ayat pasif (Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda). Jika mengikut hukum objek tepat dan objek sipi, bagaimanakah jawapan yang diberikan oleh DBP bagi soalan "Saya menghadiahi Ali sebuah basikal" akan menjadi Sebuah basikal dihadiahi saya? Bukan ke bagi orang pertama formula atau penyusunan binaan ayat pasif mesti "Kata ganti nama pertama atau kedua diikuti kata kerja"? Bukan ke jawapan yang sebenarnya harus berbunyi "Ali saya hadiahi sebuah basikal" yang sememangnya ikut hukum tatabahasa (objek tepat dan objek sipi serta hukum binaan ayat pasif bagi pelaku I dan II? Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Kerana menghadapi masalah kewangan Sazali terpaksa menangguhkan perkahwinannya. 2. Sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang pasangan pengantin diraja duduk di atas peterana. 3. Di stadium dia menonton bola sepak .

Susunan yang betul ialah ' Ali saya hadiahi sebuah basikal'. Mungkin jawapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini tidak lengkap. Maaf atas kesulitan yang berlaku. 

Tatabahasa13.08.2010
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin meminta penjelasan mengenai penggunaan kata " Ia " iaitu singkatan bagi kata ganti nama diri ketiga - " dia ". Bukankah "ia" hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja ? Saya amat keliru dengan penjelasan pihak DBP di laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ia&d=10 di mana jawapan yang diberikan berbunyi : 1. " Kata ganti diri 'ia' boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara. " Soalan tatabahagsa 01.06.2008 2. "Kata ganti nama 'ia' digunakan untuk benda bukan manusia. Berdasarkan ini 'ia' tidak digunakan untuk binatang " Soalan tatabahagsa 08.07.2010 Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi terbaru (ketiga), tiada penerangan yg terperinci ttg penggunaan kata "Ia" selain drp info di mana " Ia " digunakan untuk orang. Ada sebarang sumber online yang saya boleh merujuk ? Terima kasih.

Untuk makluman saudara, "ia" sama fungsi dengan "dia", iaitu kata ganti nama diri ketiga. "Ia" juga boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan dan "ia" tidak digunakan untuk binatang.

 

Tatabahasa26.05.2011
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik.

Saudari Succy,

Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau
jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi'

Makna20.09.2012
soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan?Jawapan 1:
Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda "  " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya.
Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan.

Jawapan 2:
"yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
Tatabahasa29.03.2013
Salam. Soalan saya berbunyi begini. 1. Mana yang betul: Stahun sekali atau sekali setahun ? 2. mana yang betul : Kau tinggal di mana? atau Di mana kau tinggal ?
  1. Kedua-dua frasa iaitu, setahun sekali dan sekali setahun bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  
  2. Ayat tanya yang betul ialah (i) Kau tinggal di mana? atau Di manakah kau tinggal?
Tatabahasa01.01.2015
Yang mana satu betul sekiranya soalan berbunyi begini; 1. This collection is situated at A Block. atau 2. This collection is situated at Block A.

safina

jawapan yang betul ialah - This collection is situated at Block A.

Tatabahasa17.03.2010
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘bila’ dan ‘apabila’ dapat digunakan di permulaan ayat. Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Cikgu Ella mula mengajar, murid-murid memberikan perhatian dengan sepenuhnya.Ayat yang betul ialah Apabila Cikgu Ella mula mengajar, murid-murid memberikan perhatian dengan sepenuhnya, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah loceng berbunyi?Tatabahasa26.10.2020
Dalam tatabahasa Melayu, kata kerja transitif sepatutnya diikuti objek. Adakah "merayu" itu kata kerja transitif?kerana saya terjumpa 2 frasa yang berbunyi demikian 1...merayu gadis itu... 2...merayu kepada kerajaan... Yang manakah yang lebih gramatis? Terima Kasihkata kerja transitif dikuti oleh objek dan menggunakan imbuhan meN- iaitu merayu dan objeknya ialah gadis atau kerajaan. Oleh itu yang lebih gramatis ialah merayu kerajaan atau merayu gadis.Tatabahasa06.12.2010
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di.Tatabahasa25.10.2007
12345

Kembali ke atas