Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |
Salam Tuan. Saya ingin bertanya. Adakah benar ejaan papaya dalam tulisan jawi ditulis sebagai ڤڤايا؟ Bukankah ia serapan Inggeris ڤاڤايا? | Ejaan bagi perkataan tiga suku kata atau lebih dengan pola kvkvkv dan v pada setia suku kata berbunyi [a], bunyi vokal [a] pada suku kata pertama hendaklah ditulis tanpa huruf alif. Hukum /a/ tiga suku kata atau lebih ini terpakai pada kata Melayu jati. Kami beranggapan kata papaya telah diserap masuk dalam kata Melayu jati dan menerima pakai hukum ini. | Ejaan | 06.08.2018 |
MAKSUD CICIPAN | Cicipan ialah padanan kata chirrup dalam bahasa Melayu. Satu lagi perkataan cicip atau lazimnya disebut mencicip, iaitu berbunyi seperti bunyi burung. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan cicipan bagi maksud yang tersebut. | Makna | 20.06.2011 |
Saya ingin mendapat penjelasan terhadap bunyi perkataan yand mengandungi hurub 'KHA', adakah ia berbunyi 'KA' atau 'HA'? Contoh, 'KHASIAT', betulkah bunyinya 'KASIAT" atau 'HASIAT'? | kata khasiat disebut hasiat (tetapi ditebalkan sedikit sebutan suku kata ha tersebut),begitu juga dengan sebutan suku kata "kha" yang lain. | Lain-lain | 17.04.2008 |
Adakah semua perkataan Melayu yang dieja pada hujungnya huruf "a" berbunyi "e" ? Contoh: Musa, Isa, Putra Jaya, Juta, Minda, Liga, Merdeka, Malaysia, Korea, Cuba (nama negara) dan banyak lagi. Saya sering mendengar berita radio yang kadang-kadang disebut "a" dan kadang-kadang disebut "e". | Bunyi dan sebutan "a" a yang betul bagi perkataan yang hujung hurufnya "a" dan bukannya berbunyi "e". Bagaimanapun bagi stesen radio dan penyiaran di Malaysia, sebutan bagi perkataan pinjaman hendaklah sebutan baku dan bagi perkataan lain ialah Johor-Riau. Harap maklum. | Lain-lain | 18.09.2007 |
Apakah istilah terbaik dan diterima pakai dan terkini untuk perkataan Inggeris "wheezing". Saya dapati Kementerian Kesihatan menggunakan berdehit(carian Google menunjukkan bahawa istilah ini paling banyak digunakan), Oxford/Fajar dan Kamus Dewan ed4 pula menggunakan berdesit. Ada pula menggunakan berdecit. Terima kasih | Padanan bagi "wheezing" ialah bunyi nafas yang berdehit. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berdecit ialah bunyi seperti bunyi anak ayam (anak burung, tikus, dll.), manakala berdesit pula ialah berbunyi spt bunyi orang menghisap dari celah gigi. | Istilah | 11.02.2009 |
apakah maksud kecimpung dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat | Perkataan kecimpung mempunyai dua makna iaitu 1. bunyi air ditepuk-tepuk (contoh ayat: Ali bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya hingga berbunyi kecimpung.); 2. menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dalam sesuatu lapangan (usaha dll) (contoh ayat: Sudah lama beliau berkecimpung dlm lapangan drama dan persuratan.) | Makna | 10.01.2013 |
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut: bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan; lecutanpukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecutalat utk melecut, cambuk, cemeti.
| | | | | | |
| Makna | 02.10.2009 |
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Encik Nik, Perkataan yang betul ialah cecap yang bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung. | Makna | 05.07.2010 |
SOALAN Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai. Kalau mengikut penjelasan KAMUS DEWAN, GEMURUH 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; ADAKAH BERGEMURUH betul dalam SOALAN di atas juga? ATAU BERGERUMUH hanya boleh membawa erti - berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; etiga-tiga jawapan pun betul? | Kata gemuruh membawa kedua-dua makna yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan salah satu maknanya dalam ayat adalah betul asalkan bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat: Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai, pasti yang dimaksudkan ialah makna kedua, iaitu berdebar-debar hati. | Tatabahasa | 10.07.2011 |