Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.dang] | برچادڠ

Definisi : mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.dang] | برچادڠ

Definisi : bersedia atau ber­maksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun ha­dapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercadang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikut merupakan konklusi saya yang kedua. 1. Datuk Dolhi bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baharu. (a) bercadang untuk menubuhkan (salah) (b) bercadang menubuhkan (betul) Dalam jawapan tuan, apakah maksud penggunaan "bercadang untuk + meN...kan dianggap lewah" ?? 2. Seminar ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMK Air Cerah (a) bertujuan meningkatkan (betul) (b) bertujuan untuk meningkatkan (salah) Tolong check adakah penganalisisan saya ini betul. Terima kasih!Selepas bercadang tidak perlu ditambah perkataan "untuk" kerana tidak memerlukan kata sendi nama.Makna29.04.2014
Tuan, minta lihat ayat ini. Ayat: (1) Saya bercadang menutut ilmu di Universiti Malaya. Dalam ayat ini, tiada kata hubung yang menghubungkan ayat induk "Saya bercadang" dan ayat keterangan "menutut ilmu di Universiti Malaya". Ini pandangan seorang saudara. Tetapi, jika ayat ini diubah menjadi: (2) Saya bercadang untuk menuntut ilmu di Universiti Malaya. , ayat ini salah juga, kerana kata "untuk" dalam ayat (2) bertugas sebagai kata hubung keterangan tujuan. Frasa "menuntut ilmu di Universiti Malaya" bukan tujuan kepada perbuatan "bercadang", sebaliknya suatu cadangan yang lahir daripada perbuatan "bercadang". Jadi, adakah ayat (1) perlu diubah atau memang ayat (1) ini betul?Saya meminta tuan menjelaskan struktur ayat (1).Ayat (1) memang betul.Tatabahasa23.12.2014
Puan, Salam sejahtera. Bolehkah puan mencadangkan perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan "bercadang" dalam ayat yang berikut : "Puan Rosnah dan suaminya bercadang untuk berusaha tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi."Selain perkataan bercadang, perkataan lain yang mempunyai makna yang sama ialah berhasrat, berkeinginan, dan berhajat.


"Puan Rosnah dan suaminya berhasrat untuk mengusahakan tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi.
Tatabahasa10.01.2013
SAYA BERCADANG UNTUK TERBITKAN BUKU BACAAN ILMIAH UMUM. SAYA ADA MANUSKRIP UNTUK DIHANTAR KEPADA PANEL. MOHON PENCERAHAN TATACARA/ PROSEDUR PENERBITAN BUKU JIKA DARI AWAL HINGGA BUKU DITERBITKAN.Salam sejahtera, Sesebuah manuskrip untuk tujuan penerbitan buku ilmiah umum kepada DBP perlulah melalui proses kerja seperti ini: 1. Penghantaran manuskrip kepada Pemgarah Jabatan Penerbitan. 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai secara dalaman bahagian iaitu Jawatankuasa Kualiti Bahagian (JKKB) untuk kelulusan awal kepada peringkat penilaian atau penambahbaikan sesuatu manuksrip, atau manuskrip ditolak. 3. Jika diterima manuskrip itu, maka satu penilaian pakar luar akan dilakukan. Tempoh penilaian bergantung isi kandungan,tahap ilmu dan ketebalan halaman manuskrip. 4. Setelah peringkat penilaian pakar luar, manuskrip itu dimurnikan oleh penulis. 5. Setelah dimurnikan oleh penulis, manuskrip tersebut dinilai oleh Jawatankuasa Penerbitan (JKP) sama ada manuskrip itu layak diterbitkan atau sebaliknya. 6. Jika memperoleh kelulusan JKP, proses penebitan akan dikira selama 9 bulan selepas kelulusan JKP tersebut. 7. 9 bulan tempoh proses penerbitan itu mengambil kira proses antaranya beberapa penyuntingan, pembacaan pruf, penyediaan naskhah sedia kamera dan sebagainya sehingga diterbitkan sebuah buku. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi En. Rusdi Abd Rahman, Bahagian Buku Umum DBP (03-21479430).Lain-lain09.05.2020
kami bercadang untuk mengadakan program kitar semula bertemakan "Minding the gap, closing the loop". Mohon pandangan DBP untuk terjemahan kepada bahasa melayu, adakah "kisahkan jurang, rapatkan kitaran" sesuai? terima kasih.Cadangan padanan slogan "Minding the gap, closing the loop" ialah Rapatkan jurang, tingkatkan kesedaran. Lain-lain27.05.2019
kami bercadang untuk mengadakan pertandingan kepada pensyarah-pensyarah. permohonan pertandingan adalah secara atas talian. sekiranya surat 'notification of acceptance' menggunakan kepala surat rasmi dan dicetak oleh peserta sendiri bolehkah perkara berikut dilakukan:- 1. Tidak menggunakan alamat penuh, sebaliknya seperti berikut:- NOTIFICATION OF ACCEPTANCE Dear Suzanawati binti Ahmad Terima kasih.1. Alamat dan tajuk perlu diletakkan sekiranya surat tersebut merujuk kepada bahagian tertentu bagi tujuan rasmi.Lain-lain01.08.2018
Saya bercadang untuk membuat kain rentang untuk kedai yang saya akan buka tidak lama lagi. Tetapi, saya perlu pengesahan dari pihak DBP terhadap 'design' kain rentang tersebut sebelum ia boleh dicetak. Diharap pihak DBP dapat memberi maklum balas pengesahan terhadap penggunaan bahasa pada kain rentang tersebut. Gambar 'design' kain rentang ada pada fail yang saya lampirkan besama dengan soalan ini. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online).Lain-lain02.10.2017
Kami bercadang untuk menyediakan papan tanda meletak kenderaan secara mengundur (reverse parking) di kawasan tempat kerja. Minta nasihat adakah "LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR" sesuai digunakan?SILA LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDURTatabahasa26.01.2017
Saya bercadang untuk membuka sebuah kedai menjual cenderamata dan alat tulis, dan menyediakan perkhidmatan percetakan. Oleh itu, saya ingin memohon pihak DBP untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan tanda bagi tujuan permohonan lesen. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain04.09.2015
Saya bercadang untuk membuka kedai yang menyediakan perkhidmatan percetakan dan menjual cenderamata dan alat tulis. Oleh itu, saya ingin memohon pihak DBP untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan tanda kedai bagi tujuan permohonan lesen. Terima kasih.Setiap iklan yang hendak dipaparkan di Negara kita mesti mempunyai keterangan dalam bahasa Melayu. Kami mencadangkan, tuan memasukkan keterangan seperti, "PUSAT PERCETAKAN DAN CENDERAMATA" di bahagian paling atas. Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa26.08.2015
123456789

Kembali ke atas