Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasihAyat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah,  2) daripada parti memerintah,   3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap,  4) akibat daripada tindakan polis,  5) prokerajaan,   6) disalah guna Tatabahasa06.02.2011
guru bercakap dengan murid guna "anda"atau "kamu"?Yang lebih sesuai ialah "kamu", namun "anda" boleh juga digunakan.Lain-lain08.11.2011
Jika saya bercakap dengan guru saya, apa kata ganti nama kedua yang boleh saya guna?

Sdr. Chong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Dai segi kata sapaan Chong boleh gunakan Cikgu dan boleh juga gunakan Encik dan Puan atau Cik diikuti dengan namanya. Terima kasih

Lain-lain07.07.2009
1.apabila dayang bercakap dengan permaisuri, apakah panggilan untuk diri dayang? adakah "patik" atau "hamba"? 2. Rakyat biasa bercakap dengan sultan , panggilannya " hamba" untuk diri rakyat ?
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.
Tatabahasa20.08.2013
Saya berasa keliru selepas menerima jawapan daripada tuan. Hal ini kerana saya mendapati bahawa rakyat biasa yang bercakap dengan raja boleh menggunakan "patik" dan "hamba"?? Jadi dayang yang bercakap dengan raja haruslah menggunakan "hamba" untuk merendahkan diri??Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama "hamba" untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba" pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.

Oleh yang demikian, apabila dayang bercakap dengan raja, kata ganti nama yang sesuai digunakan ialah patik.
Tatabahasa01.12.2013
apakah maksud "bercakap sahaja tanpa tindakan". Boleh tak ulaskan tentang maksud tersebut.Tidak berbuat apa-apa tindakan kecuali bercakap sahaja.Makna19.11.2007
apakah perbezaan perkataan KAMI dan KITA? bila melibatkan semua org termasuk individu yg bercakap dan individu yg mendengar org yg bercakap itu td..perkataan mana yg patut digunakan..?boleh berikan saya contoh ayat untuk membezakan penggunaan dua perkataan tersebut..?

“Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar.

Contoh ayat:

1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta)

2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain)  

 

Istilah12.03.2009
Salam Sejahtera Sekiranya seorang dayang bercakap dengan seorang tuan puteri, kata ganti nama apakah yang sesuai digunakan untuk dayang samada hamba atau patik? Terima kasihPatik digunakan apabila rakyat bercakap dengan raja, oleh itu kata ganti nama yang sesuai dalam situasi tersebut ialah hamba.Tatabahasa11.05.2012
apa perbezaan perkataan "kamu" dengan "awak"Menurut Kamus Dewan Edisi 4, "kamu" ialah kata ganti diri kedua yang biasanya digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih muda daripada kita dan dalam situasi yang agak rasmi, misalnya apabila seorang guru bercakap dengan muridnya. "Awak" juga kata ganti diri kedua, tetapi digunakan apabila bercakap dengan orang yang sama taraf atau sebaya dan biasanya dalam situasi yang tidak rasmi.Makna12.01.2009
Bolehkah 'engkau' digunakan ketika bercakap dengan ibu? Adakah betul lirik 'jingle' iklan berikut: "Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku"Perkataan engkau tidak sesuai digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu kerana dalam budaya dan adab sopan, kita diajar supaya menggunakan bahasa yang baik dan halus terutama apabila bercakap dengan ibu, orang yang dihormati.  Dalam lirik lagu yang dikemukakan ini, penggunaan engkau adalah betul dari aspek tatabahasa tetapi tidak sesuai dalam konteks kesantunan berbahasa. Tatabahasa12.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas