1) masalah penggunaan bahasa bercampur aduk dalam ranah bahasa rasmi 2) apa maksud promsi istilah natif? 3)apa maksud promosi status bahasa? 4)apa maksud bahasa wilayah/bahasa antarabangsa? 5)apakah perancangan menaik taraf bahasa dalam akta, penjawatan awam, peperiksaan awam, ejaan, sebutan, tatabahsa, an kamus? | Saudara boleh merujuk makalah atau tulisan-tulisan tentang masalah yang dikemukakan dalam majalah,buku tentang perancanagan bahasa dan akhbar tempatan atau rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu dalam Laman DBP. | Lain-lain | 22.03.2008 |
Saya sedih bila bahasa penjajah digunakan bercampur aduk dengan bahasa melayu, iaitu Rakan Cop. Apa tindakan DBP dalam perkara ini. Terima kasih. | Pihak DBP telah menegur pihak yang berkenaan dan juga menyiarkannya dalam akhbar Klik DBP (sisipan akhbar Berita Harian) berhubung perkara ini. Kami turut memberikan cadangan, antaranya dengan menggantikan "rakan cop" kepada "rakan polis". | Lain-lain | 25.03.2007 |
Definisi kecelaruan bahasa. | Kecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh". | Makna | 04.07.2006 |
apakah bahasa rojak dan bagai manakah cara mengatasinya? | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Cara mengatasi bahasa rojak ialah pengguna hendaklah mengikut sistem dan tatabahasa yang betul, laras yang sesuai dan tidak mencampurkan bahasa Melayu dnegan bahasa-bahasa asing. | Makna | 21.07.2008 |
boleh kah kita mengunakan perkataan cacarmarba dalam karangan? | Menurut Kamus Dewan, cacamarba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian. Kata ini boleh digunakan dalam karangan. Untuk makluman saudara, ejaan kata yang betul ialah cacamarba, bukan cacarmarba. Untuk membantu saudara, contoh ayat bagi kata ini ialah Akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan cacamarba yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 26.01.2007 |
sila berikan maksud sebenar bahasa rojak dan terangkan dengan lebih terperinci.Terima Kasih. | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. | Makna | 09.03.2008 |
definisi kecelaruan bahasa | Kecelaruan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang bercampur aduk, iaitu mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Kecelaruan bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. contohnya seperti dalam penggunaan kata "sureheboh". | Makna | 09.02.2010 |
apakah istilah dan definisi bahasa rojak serta bagaiamana sejarah asal- usul mulanya wujud bahasa rojak tersebut???...tq. | Bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan secara lisan terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini digunakan mengikut aliran pada sesuatu masa. Isu bahasa rojak telah dibincangkan dalam banyak seminar dan majalah terbitan DBP sendiri pernah membuat keluaran khas mengenainya. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mendapatkan artikel yang berkaitan. | Makna | 16.07.2008 |
Kenapa tiada ruangan untuk cadangan penambahbaikan? Kenapa tiada ruangan untuk aduan awam? Saya ingin membuat aduan mengenai penggunaan bahasa di laman web jabatan pertanian yang bercampur aduk antara bahasa melayu dengan inggeris, tidak seperti laman web lain yang mempunyai pilihan bahasa yang sopan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris, hanya satu bahasa sahaja digunakan setiap pilihan. | Pertanyaan saudara diambil maklum. Untuk cadangan penambahbaikan atau aduan tentang Khidmat Nasihat Bahasa saudara bolehlah menyalurkannya kepada Bahagian Komunikasi Korporat atau Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman ini. Walau bagaimanapun, untuk cadangan atau aduan awam tentang penggunaan bahasa dalam laman web mana-mana agensi saudara perlu menyalurkannya kepada agensi berkenaan melalui laman web masing-masing. | Lain-lain | 24.02.2009 |
implikasi-implikasi bahasa rojak | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Bahasa rojak ialah bahasa yang tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Implikasi atau kesan penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan bahasa Melayu dan pengguna tidak dapat membezakan antara bahasa yang betul dengan tidak, melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu dan seterusnya boleh menyebabkan hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain. | Lain-lain | 06.02.2009 |