Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cang.gah] | برچڠݢه

Definisi : 1. memakai canggah; 2. bercabang; 3. = mencanggah menjalankan perahu dgn cang­gah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cang.gah] | برچڠݢه

Definisi : 1 memakai atau mengguna­kan canggah. 2 ada cabangnya; ber­cabang. 3 ki bertentangan antara satu dgn yg lain (ttg pendapat dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercanggah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Akhirnya Hock Seng dapat mendamaikan kedua-dua orang sahabatnya yang bercanggahan pendapat. munsyi, bercanggahan atau bercanggah sesuai digunakan, TQKedua-duanya betul, luntuk maklumat lanjut lihat bercanggah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bercanggah.Tatabahasa13.02.2012
Jawapan untuk soalan 1 dan soalan 4 bercanggah.Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan, tetapi bukan binatang.Tatabahasa23.02.2012
Tuan/Puan, Dalam jawapan Khidmat Nasihat yang lepas, ada penerangan bercanggah tentang ejaan kependekan Yang Berbahagia, sama ada ada titik di hujung atau tidak. YBhg. atau YBhg tanpa titik selepas huruf "g"? Terima kasih.Kependekan untuk "Yang Berbahagia" ialah "YBhg.".  Disebabkan ia singkatan, maka perlu diletak titik.Ejaan11.09.2017
Jawapan untuk 'berdekatan dengan rumah saya' atau 'berdekatan rumah saya' bercanggah antara satu sama lain.Frasa yang gramatis ialah "berdekatan rumah" kerana berdekatan bermaksud berhampiran dengan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa27.02.2012
‎"berbanding" atau "berbanding dengan"? Rujukan pangkalan data PRPM telah dibuat, dan hasilnya bercanggah. Jadi, mohon kepastian yang benar-benar muktamad tentang kes ini sebab kalau tak silap, "berbanding" berbeza daripada "berkaitan", "berhubung" atau "berhampiran" yang semua tiga perkataan ini memerlukan "dengan" di belakang. Lebih baik jika jawapan disokong dengan keterangan ilmiah supaya dapat kami gunakan untuk menjawab persoalan, percanggahan atau kekeliruan daripada pelanggan kami. Kami ingin menyelaraskan penggunaannya dalam dokumen dan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) Sekian, terima kasih.Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding.Tatabahasa09.07.2012
Saya ada beberapa soalan tentang penggunaan "sebab" dalam tatabahasa, di mana jawapannya sering bercanggah dalam Khidmat Nasihat DBP. 1. Dia makan coklat sebab/kerana lapar. Saya faham "sebab" ialah kata nama, dan ini sering disebut dalam Khidmat Nasihat. Namun, definisi untuk "sebab" dan contoh yang disenaraikan dalam DBP ialah [se.bab] | سبب Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; Mengapa "ia dipecat sebab malas" dibolehkan di sini? 2. Dalam konteks dialog atau sari kata, "Dia lapar. Sebab itu/Itu sebabnya dia makan." Yang mana betul? Jika kedua-duanya salah, boleh berikan jawapan yang betul? 3. Dia mengemis disebabkan/disebabkan oleh kemiskinan. Yang mana betul?Ayat yang betul ialah:

1. Dia makan coklat oleh sebab lapar. / Dia makan coklat kerana lapar.
2. "Dia lapar. Oleh sebab itu dia makan."
3. Dia mengemis disebabkan oleh kemiskinan. 
Tatabahasa24.07.2020
Mohon penjelasan tentang penggunaan "mempererat"/"mempereratkan" kerana maklumat drp pihak Khidmat Nasihat Bahasa sebelum ini bercanggah.Penggunaan yang betul ialah mempererat. Pihak kami akan mengemas kini data dalam KNB.Tatabahasa11.06.2019
Saya ada soalan tentang penggunaan "pada", "kepada" dan "terhadap" di mana jawapan di dalam Khidmat nasihat selalu bercanggah. 1. Jangan buat begitu pada/kepada/terhadap saya. Saya fikir "kepada" atau "terhadap" lebih tepat kerana ia menunjukkan maksud sasaran. Tetapi ada jawapan Khidmat Nasihat yang mengatakan "pada" betul dalam konteks ini. Bukankah "pada" digunakan selepas kata kerja, dan sebelum tempat? Contohnya, "Gantung cermin ini pada dinding." Jika "pada" digunakan untuk manusia, hanya dalam konteks ada + pada, contohnya "Duit itu ada pada Zara." Mohon pencerahan.

Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Jawapan dan contoh ayat yang diberikan oleh pihak puan betul dan tepat. Terima kasih atas pandangan dan teguran yang diberikan.

Tatabahasa24.07.2020
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat iniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu.  Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna.Sastera17.11.2013
"Apakah perbezaan antara 'digraf' dan "konsonan bergabung'?" Adakah digraf sama dengan konsonan bergabung? Jawapan yang diberikan pada 06.05.2014 dan jawapan yang diberikan pada 12.09.2011 adalah bercanggah/konflik dan mengelirukan. Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Puan boleh merujuk majalah Pelita Bahasa November 2013 untuk rujukan kekeliruan ini.
Tatabahasa06.01.2015
123

Kembali ke atas