Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1 menjadi rapat atau bertaut semula (spt luka yg sudah sembuh). 2 rapat melekat dan ber­sambung (spt bulu ayam). 3 menjadi ber­sambung atau bergabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercantum

Puisi
 

Pokok sena dahan bercantum,
     Tempat bersarang burung tekukur;
Kalau bunga bukan sekuntum,
     Kumbang juga bukan seekor.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
suka cita, duka citaDieja bercantum sukacita, dukacitaEjaan17.07.2008
Berapakah bilangan sebenar kata majmuk yang dieja bercantum dan apakah perkataan tersebut?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa17.10.2013
Mendapatkan senarai kata majmuk yang dieja terpisah (dua perkataan) dan bercantum (dua perkataan) yang terkiniTerdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa11.11.2008
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan "di".Adakah penggunaan imbuhan "di" perlu dieja bercantum seperti "dilabel" atau perlu dipisahkan "di label".Di sini, saya inginkan kepastian bagi penggunaan imbuhan "di" yang betol dan tepat.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. 

Tatabahasa12.06.2010
Salam, yang manakah betul "pramerdeka" atau "pra merdeka"?Yang betul ialah pramerdeka kerana perkataan "pra" merupakan imbuhan asing dan hendaklah ditulis bercantum.Tatabahasa27.04.2012
Tolong jelaskan cara pengejaan klitik "kau". adakah semua klitik 'kau' dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinyaKata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Lain-lain23.02.2010
Setemku atau Setem ku.

Saudara Fan,

Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya milikku dan kuharapkan. Oleh itu, yang betul ialah Setemku

Tatabahasa06.10.2012
Manakah frasa yang betul, 'antimerokok' atau 'anti merokok' ? Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah antimerokok kerana anti ialah kata awalan asing dan perlu ditulis bercantum.

Tatabahasa31.07.2009
Selamat petang, Betulkah ejaan yang berpangkalkan 'kau' perlu dieja rapat dengan perkataan selepasnya? Contohnya: kauharungi, kauhadapi, kaumengutuk, kaumenerimanya, kauambil Terima kasih.Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Tatabahasa21.03.2013
bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang dieja bersambung dan berpisah

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang dianggotai oleh pakar-pakar bahasa memutuskan sebanyak 15 perkataan dieja bercantum sebagai satu perkataan (kata majmuk yang telah mantap). Antaranya ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, sukarela, tandatangan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 73.

Tatabahasa25.09.2008
1234

Kembali ke atas